Shakir Hamzah Enggan Layan Provokasi Bakal Dijelmakan Leandro Dos Santos

Shakir

Pemain import Kedah dari Singapura, Shakir Hamzah jelas tidak mahu terjebak dan terkesan dengan provokasi yang bakal dijelmakan pemain tengah ‘nakal’ Perak, Leandro Dos Santos pada perlawanan akhir Shopee Piala FA 2019 nanti.

Leandro yang cukup terkenal dengan corak permainan keras dan seringkali melakukan provokasi terhadap pemain lawan itu mampu untuk menghadirkan kecewa buat Kedah.

Sehubungan dengan itu, Shakir mempunyai perancangan khusus terutamanya ketika menghadapi provokasi pemain kelahiran Brazil tersebut.

”Saya untuk Perak, saya akan jaga import mereka. Lagi-lagi Leandro (Dos Santos). Untuk saya otak dia pun saya tidak tahu kenapa. Apa masalah dia pun saya tak tahu kenapa.”

”Kita nak kena kawal emosi kita untuk menentang Perak ini.”

Leandro Dos Santos akan sentiasa menjadi igauan ngeri pasukan lawan.

”Saya dulu begitu juga, suka buat orang mengamuk. Terjahan pun sebarang. Kita akan buat dia (pemain lawan) terus mengamuk. Lagi dia mengamuk, lagi itu dia tidak boleh berfikir.”

”Jadi kalau dia kacau emosi, kita senyum sahaja. Bad (Baddrol Bakhtiar) ada bercakap, dia (Leandro) nak maki, protes kita, tak mengapa. Angkat kaki, senyim dan jalan.”

”Tak payah kita nak melawan dengan dia. Lagi kita lawan, lagi dia suka. Kita hanya jangan ambil kisah pasal dia, itu yang penting,” ujar Shakir yang bercakap dalam satu video sidang media dikeluarkan Goal Malaysia.

Sebelum ini, Leandro turut mendapat perhatian pengendali Pahang, Dollah Salleh yang menyifatkan kelibat pemain import berusia 32 itu di dalam padang adalah tidak profesional.

Herold Goulon turut senada dengan ketua jurulatihnya itu apabila menyifatkan pemain tersebut sebagai menjengkelkan tetapi dalam masa yang sama menganggap Leandro adalah pemain yang bijak dan baik.

Kredit foto: Kedah FA

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN