Zidane Gembira Bale Cemerlang Menentang Arsenal, Namun Ia Tidak Mengubah Situasi

Gareth Bale menjadi nadi kebangkitan Real Madrid ketika berhadapan dengan Arsenal dalam perlawanan pra musim Piala ICC.

Real Madrid sekali lagi bergelut dalam perlawanan ini dan Zidane mencari inspirasi yang pernah dijelmakan Cristiano Ronaldo satu ketika dahulu.

Kemasukan Bale pada separuh masa kedua jelas sekali memberikan impak segera. Bale menjaringkan gol pertama untuk merapatkan jurang kepada 1-2. Kemudiannya Isco menyamakan kedudukan untuk Real Madrid.

Bale hampir menambah gol menerusi 2 percubaan bahaya beliau. Salah satu daripadanya dnegan ‘flick’ yang diselamatkan penjaga gol muda Arsenal. Satu lagi adalah lencongan dengan sepakan kaki luar.

Bale juga melakukan satu hadangan di atas garisan gol untuk menafikan gol Arsenal. Real Madrid mendapat 2 mata daripada perlawanan ini selepas menang penentuan penalti. Bale gagal menyempurnakan penalti beliau, tetapi aksi Bale pada separuh masa kedua benar-benar memukau.

Zidane memberikan kemaskini tentang situasi Gareth Bale. Menurut Zidane, Bale hari ini diturunkan kerana beliau mahu bermain. Dan sebelum ini beliau tidak mahu bermain, maka beliau tidak diturunkan.

Berkenaan dengan masa depan Bale dalam pasukan beliau, Zidane menegaskan tiada apa yang berubah. Real Madrid masih mengarahkan Bale untuk mencari kelab baharu.

“Bale bermain baik hari ini dan saya tumpang gembira. Namun, tiada apa yang mengubah keadaan, anda tahu kan? Situasi [melibatkan Bale].”

“Beliau bermain hari ini kerana beliau mahu bermain dan Bale melakukan tugasan dengan cemerlang. Beliau mahu bersama kami hari ini, beliau berlatih seperti biasa dan bermain dalam perlawanan sebenar.”

“Saya membuat keputusan untuk beliau bermain pada separuh masa kedua.”

“Kita harus melihat apa akan berlaku selepas ini. Buar masa ini, beliau masih lagi bersama kami.”

Zidane sekali lagi mengulangi komitmen kelab kepada Bale, di mana mereka akan sentiasa menyediakan ruang untuk Bale terus berlatih – kerana itu adalah tanggungjawab mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN