Shahrul Saad: The Bos Gaurus Tiada Masalah Bentuk Skuad Yang Mantap

shahrul saad

“Perak tidak mempunyai masalah untuk membentuk skuad yang mantap berikutan hampir kesemua pemain adalah daripada skuad yang sama ketika menjulang Piala Malaysia musim lalu.”

Itu merupakan kata-kata kapten dan pertahanan Perak, Shahrul Saad, menjelang sepak mula Piala Sumbangsih dan perlawanan pertama Liga Super Malaysia (MSL) 2019 pada Sabtu ini.

Perak bakal berkunjung ke The Fortress Larkin untuk menentang juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim dalam misi untuk menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali ke-4.

Sebagaimana kata Shahrul, Perak tidak melakukan perubahan besar-besaran ke atas skuad yang menjuarai Piala Malaysia 2018 yang lalu dengan hanya sedikit rombakan pemain dibuat.

Antara pemain yang sudah tiada bersama skuad musim 2019 adalah pertahanan import dari Lubnan, Jad Noureddine, Nazrin Nawi dan juga Hafiz Kamal yang kini beraksi bersama PKNP FC.

Foto: Arena Hijau Kuning

Selain itu, Shahrul dijangka akan beraksi bersama gandingan baharu di benteng tengah The Bos Gaurus iaitu Zac Anderson dan mengakui tiada masalah bermain bersama pemain tersebut.

“InsyaAllah tiada masalah bentuk gandingan dengannya termasuk bantuan daripada semua pemain pasukan.

“Dia (Anderson) pun dah biasa dengan liga kita, kehadirannya ke Perak banyak membantu pasukan terutama barisan pertahanan,” ujar Shahrul lagi yang dipetik berkata kepada Berita Harian.

Zac Anderson sudah tiga musim bermain di Liga Malaysia bermula sejak tahun 2016 dan Perak merupakan pasukan ke-3 yang disertai selepas bersama Kedah dan kemudian, PKNS FC.

Pertahanan utama skuad kebangsaan itu mengingatkan kepada rakan-rakan sepasukannya agar memberikan fokus sepenuhnya dan bermain sebagai satu pasukan dalam perlawanan itu nanti.

“Apa yang penting buat masa ini adalah fokus sepenuhnya daripada semua pemain dan bermain secara berpasukan seperti mana dilakukan pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu,” ujar pemain yang kini berusia 25 tahun itu lagi.

Menurutnya lagi, Perak telah bersedia bagi mengekang JDT untuk mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih yang dimenangi mereka pada tahun lalu – kali ketiga sejak 2015.

Pertembungan kedua-dua pasukan pada musim lalu menyaksikan JDT menang dalam dua aksi liga iaitu merekodkan kemenangan 2-0 di Larkin dan 2-1 ketika di Stadium Perak, Ipoh selepas itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN