Terima Kasih Kepada iflix, Liga Malaysia Kini Turut Boleh Ditonton Di Semuanya BOLA!

Ya, anda tak tersalah baca. Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan semua perlawanan Liga Malaysia (Piala Sumbangsih, unifi Liga Super, Shopee Piala FA, unifi Piala Malaysia dan Challenge Cup) secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun di Semuanya BOLA.

(Contoh paparan di telefon pintar)

Selain perlawanan Liga Malaysia, anda turut boleh menyaksikan lebih 800 episod siaran ulangan, sorotan perlawanan, dan rancangan-rancangan saluran Football Malaysia on iflix, juga di Semuanya BOLA!

Apa yang anda perlu lakukan adalah:

  1. Layari semuanyabola.com/football-malaysia-2019 di telefon pintar atau komputer
  2. Mula menyaksikan perlawanan pilihan anda! Mudah kan?
(Contoh paparan melalui laptop)

Bagaimanapun buat masa ini, tontonan tanpa pendaftaran ini hanya boleh didapati untuk pengguna Android dan laman web sahaja. iflix sedang berusaha membawakan versi ini ke pengguna iOS dalam masa terdekat.

Selamat menonton dan nikmatilah!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN