Shahrel Fikri Bakal Jadi Senjata Baharu Untuk PDRM?

Penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri dilaporkan bakal menjadikan PDRM sebagai kelab baharu bagi diwakilinya untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim 2024/2025.

Ianya dilaporkan melalui wartawan sukan Astro Arena iaitu Fadhirul Shuhaimi dengan menyatakan Shahrel kini hampir pasti untuk memperkukuhkan posisi serangan PDRM.

“Difahamkan bekas penyerang Negeri Sembilan FC, Shahrel Fikri hampir pasti sertai PDRM FC untuk saingan Liga M musim 2024/2025,” jelas Fadhirul menerusi media sosial X milik beliau sebelum itu.

PDRM menjadi antara pasukan yang membuat beberapa rombakan pada musim ini dengan mereka turut melepaskan pemain-pemain penting pada saingan lalu seperti Nabil Ahmad Latpi.

Kehadiran Shahrel dijangka mampu untuk memperkukuhkan lagi aspek serangan pasukan berkenaan yang dilihat terlalu banyak bergantung kepada Nabil serta tonggak import pada tahun lalu.

Untuk rekod, Shahrel merupakan pemain Negeri Sembilan pada saingan lalu dengan beliau telah mencipta 19 penampilan bersama aksi cukup menyakinkan walaupun terpaksa berehat seketika pada pertengahan musim akibat kecederaan.

Bersama skuad Hoben Jang Hoben, Shahrel yang beraksi di posisi penyerang telah pun meledak tujuh gol bersama dua bantuan jaringan secara keseluruhan.

Sepanjang karier Shahrel dalam saingan Liga Super, pemain tersebut sudah pun beraksi sebanyak 76 perlawanan bersama kelab berbeza serta mencipta 21 gol bersama lapan bantuan jaringan.

Shahrel juga menjadi antara pemain yang mencipta karier di Thailand, bersama Nakhon Ratchasima dengan 10 penampilan serta satu gol diraihnya.

Pemain ini turut mencipta 15 penampilan bersama Harimau Malaya dengan meledak empat gol serta satu bantuan jaringan secara keseluruhannya di pentas antarabangsa.

Aspek kualiti penyudah dimiliki beliau jelas tidak boleh diragui lagi selain berkebolehan beraksi di beberapa posisi serangan lain seperti sayap kiri serta penyerang kedua mengikut kesesuaian taktikal.

Setakat ini, PDRM masih belum mengumumkan para pemain baharu mereka dengan pasukan tersebut hanya bertindak untuk mengekalkan Bruno Suzuki, Fadi Awad, serta pertahanan dari Myanmar iaitu Kyaw Min Oo.

Dijangka The Cops bakal memperkenalkan lebih ramai pemain baharu tidak lama lagi dalam usaha mereka untuk tampil lebih menyakinkan berbanding pada saingan musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN