Shah Alam Antlers FC Lancarkan Jersi Baru Pasukan Dan Perkenalkan Rakan-Rakan Penaja

Shah Alam Antlers FC

Kelab bola sepak komuniti yang berpengkalan di Shah Alam iaitu Shah Alam Antlers FC mengorak langkah dalam persiapan menghadapi Liga Malaysia Divisyen 5 (Liga M5) 2018 anjuran Klang Valley League dengan melancarkan jersi baru serta memperkenalkan penaja-penaja rasmi pasukan.

Majlis pelancaran yang dihadiri kira-kira hampir 300 orang penyokong kelab tersebut diadakan di Uptown Shah Alam malam semalam.

Kelainan dapat disaksikan pada majlis pelancaran ini apabila ianya telah dianjurkan sepenuhnya oleh Kelab Penyokong Shah Alam Antlers FC.

Untuk makluman, Kelab Penyokong Shah Alam Antlers FC merupakan sebuah kelab yang telah didaftarkan oleh Pesuruhjaya Sukan Kementerian Belia dan Sukan menjadi sebagai sebuah badan penyokong rasmi kelab bola sepak komuniti.

Pegawai Hal Ehwal Tanah Wilayah Utara PKNS, Yang Mulia En. Raja Muhammad Bin Raja Harun berkesempatan untuk meluangkan masa bagi menyerikan majlis.

Turut hadir adalah wakil-wakil penaja seperti Football Republic, Extravaganza Futsal Shop, Semuanya BOLA, Play4Sports Asia, asiana.my, Sidah Catering, Curva 1312, Ruang@JandaBaik, Selangor Youth Community dan Hyperlinq.

Presiden Shah Alam Antlers FC, En. Ahmad Suffian Mamat ternyata bersyukur dengan kerjasama dan sokongan tidak berbelah bahagi ditunjukkan para penaja terhadap usaha kelab tersebut dalam memajukan bola sepak tempatan.

“Kami berbesar hati dan terharu dengan sokongan yang kami terima daripada rakan-rakan penaja kami.”

”Biarpun kelab kami kecil, kami disokong oleh komuniti peminat bola sepak dari Shah Alam yang bangga dengan sejarah dan tradisi Shah Alam sebagai bandar bola sepak.”

”Inilah faktor terpenting yang berjaya meyakinkan penaja-penaja kami untuk menyokong misi dan visi kami sebagai sebuah kelab bola sepak komuniti,” jelas Ahmad Suffian.

Dalam majlis yang sama, Shah Alam Antlers FC mengambil kesempatan untuk memperkenalkan pakej keahlian kelab yang terbaru.

Pakej tersebut melibatkan tiga kategori yang merujuk kepada kategori Junior (RM20), Silver (RM55) dan Gold (RM85).

Difahamkan dana pendaftaran keahlian ini akan digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti White Blue Alliance sepanjang musim.

Presiden Kelab Penyokong Shah Alam Antlers, En. Razib Mustafa, menjelaskan kerjasama erat antara pengurusan kelab dengan kelab penyokong ini merupakan satu testimoni kukuh bahawa bola sepak boleh menjadi platform bagi sesebuah komuniti untuk bersatu.

“Di Jepun dan Eropah, penyokong mempunyai suara dalam pengurusan kelab bola sepak kawasan mereka. Dengan adanya Shah Alam Antlers FC, kami mempunyai sebuah kelab komuniti yang membawa suara kami sebagai sebuah komuniti dan boleh kami banggakan.”

Foto: Kamarul Akhir/asiana.my

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN