Setiausaha FAM Sah Letak Jawatan Demi Karier Ke Peringkat Antarabangsa

Sebentar tadi laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengeluarkan satu kenyataan rasmi mereka kepada para penyokong bola sepak negara.

Makluman tersebut mengenai peletakan jawatan Setiausaha Agung FAM yang telah dibuat oleh Mohd Saifuddin Abu Bakar sebentar sahaja tadi.

Peletakan jawatan tersebut dilihat sebagai sesuatu yang agak mengejutkan, kerana Saifuddin dilihat berjaya menjalankan tugas beliau dengan agak baik ketika ini bersama FAM.

Menurut makluman FAM, Saifuddin telah melepaskan jawatan tersebut kerana ingin memberi tumpuan kerjaya beliau sepenuhnya ke peringkat antarabangsa.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan peletakan jawatan Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar selepas beliau mahu menumpukan kerjayanya ke peringkat antarabangsa,” jelas kenyataan tersebut.

Untuk info, Saifuddin mula menjalankan tugas beliau selaku Setiausaha Agung FAM untuk menggantikan kekosongan tugas ditinggalkan oleh Stuart Ramalingam sebelum itu.

Beliau mula menjawat jawatan tersebut pada 1 September tahun lalu dan bakal meneruskan baki sehingga 31 Ogos tahun ini.

“Mohd Saifuddin, 61, yang sebelum ini dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM bagi menggantikan Stuart Ramalingam berkuat kuasa pada 1 September 2021 akan meneruskan baki khidmatnya sehingga 31 Ogos 2022,” tambah kenyataan tersebut.

Pada masa sama, FAM turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saifuddin atas kecemerlangan dibuat beliau sepanjang menjalankan tugas sebagai Setiausaha FAM sebelum ini.

Jawatankuasa Eksekutif FAM dikhabarkan telah menerima peletakan jawatan tersebut daripada Saifudin secara rasmi ketika mesyuarat kali kedua untuk penggal 2021-2025 pada hari ini.

Mereka turut memberi penghargaan atas segala khidmat cemerlang dicurahkan Saifuddin kepada bola sepak negara termasuk penganjuran perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jun lalu yang membawa skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023.

“Jawatankuasa Eksekutif FAM dalam mesyuarat khas kali kedua bagi penggal 2021-2025 pada hari ini telah menerima peletakan jawatan tersebut dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Mohd Saifuddin atas khidmat cemerlang beliau sepanjang bersama FAM, termasuk penganjuran perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jun lalu yang membawa skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023.”

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN