Penyerang import berbisa Kuching City, Abu Kamara boleh dianggap sebagai pemain yang sangat berkualiti berjaya ditandatangani kelab tersebut musim 2022, setelah prestasi cemerlang ditampilkan beliau ketika ini.
Walaupun baru beraksi satu musim di Malaysia dalam saingan Liga Premier 2022, pemain ini jelas dilihat cepat menyesuaikan diri untuk memberi impak di bahagian serangan pasukan menerusi ketajamannya.
Penyerang Kuching City FC, Abu Kamara kini mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Premier dengan 🔟 gol!#LigaPremier2022 pic.twitter.com/IgsZon2oRO
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 22, 2022
Namun, Kamara enggan mengambil mudah setakat ini biarpun sedang menerajui takhta penjaring terbanyak Liga Premier, apabila menganggap empat pesaing terdekat beliau pastinya tidak akan memberi laluan mudah untuk meraih gelaran tersebut.
Setakat ini, Kamara cemerlang meledak 10 gol secara keseluruhan untuk meletakkan diri beliau selaku pendahulu dalam senarai penjaring terbanyak Liga Premier sambil diekori rapat beberapa pemain lain.
Empat pemain yang berada di belakang beliau ketika ini juga sudah pun meledak lapan gol untuk mengekori rapat Kamara iaitu Fernando Rodriguez, Martin Adamec, Njoku Jacob, serta Nurshamil Abd Ghani.
Penyerang dari Liberia ini mengakui menghadapi situasi sukar dalam setiap perlawanan dihadapi dalam usaha untuk membantu pasukan meraih kemenangan serta bagi mengekalkan kedudukan selaku penjaring terbanyak.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialKCFC 2-1 @officialpdrmfc
Jaringan Abu Kamara pada masa kecederaan membolehkan Kuching City menang 2-1 ke atas PDRM.
Wan Faiz Wan Sulaiman menjaringkan gol pendahuluan tuan rumah namun G. Durrkeswaran membalas untuk PDRM.#LigaPremier2022 pic.twitter.com/BFY2UokzV8
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 26, 2022
“Mereka memang sentiasa menjadi pesaing terdekat saya terutamanya Fernando (Rodriguez) dan pemain-pemain hebat seperti mereka tidak pernah memberi saya rehat untuk berasa selesa.
“Setiap perlawanan memang saya ada sasaran saya sendiri iaitu untuk memberi kemenangan kepada pasukan dan semestinya untuk terus menjaringkan gol.
“Sudah tentu sekarang saya berasa sangat puas dengan pencapaian ini, tetapi saya tidak boleh selesa dan perlu bekerja keras lagi.
“Dari awal saya datang ke Kuching adalah untuk memperoleh prestasi seperti ini dan saya inginkan gelaran penjaring terbanyak untuk musim ini”, jelasnya menerusi MFL.
Pada masa sama, Kamara juga turut menyasarkan dua gol pada aksi seterusnya ketika mereka bakal menghadapi cabaran daripada Kelantan United pada Ahad ini untuk terus mengukuhkan kedudukannya.
“Kelantan United memang pasukan bagus dan mereka juga sedang meraih kemenangan berterusan seperti kami, jadi kami tidak boleh ambil mudah.
“Kalau boleh, saya nak cuba jaringkan dua gol tetapi yang penting adalah untuk bantu Kuching memperoleh kemenangan terlebih dahulu”, tambahnya.
Rekod semasa Kuching City ketika agak memberansangkan apabila mereka berjaya memperoleh tiga kemenangan berturut-turut untuk menghuni kedudukan keempat carta Liga Premier.
Kamara merupakan salah seorang daripada pemain import dari Liberia yang berjaya memberi impak positif dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Alhamdulillah. 2 jaringan Abu Kamara membantu Kuching City melakar kemenangan malam ini. pic.twitter.com/H9J9L2tV3D
— Kuching City F.C. (@OfficialKCFC) August 20, 2022
Sebelum ini beberapa nama pemain seperti Zah Rahan Krangar, Patrick Ronaldinho Wleh, Francis Forkey Doe, serta Kpah Sherman berjaya memberi impak besar dalam saingan Liga-M.