“Maksud ‘Content’ Lebih Penting” – Pengarah Kreatif Tegur ‘Posting’ Selangor FC

'posting' kenyataan media selangor fc ditegur

Selangor FC menerima teguran daripada seorang Pengarah Kreatif selepas memuat naik ‘posting’ kenyataan Pengerusi Selangor FC, sebentar tadi.

Apa yang ditegurnya adalah tentang rekaan grafik yang digunakan oleh pasukan tersebut dalam menyampaikan kenyataan pihak pengurusan.

Dalam posting tersebut Raja Muda Selangor (RMS) yang juga merupakan Pengerusi pasukan menafikan yang penglibatannya dalam pasukan tidaklah seminima yang disangka. Ini kerana terdapat tanggapan dalam kalangan penyokong Selangor yang berasakan yang RMS “tidak buat kerja”.

Ciapan tersebut memiliki tiga muka dan dimulakan dengan logo pasukan bersama tajuk, ‘Titah DYTM Raja Muda Selangor – Pengerusi Selangor FC’.

Seorang Pengarah Kreatif dengan akaun Twitter @razifohnas memberi komentarnya tentang cara penyampaian rekaan grafik yang mungkin ‘over’.

Beliau memulakan teguran dengan sopan dengan mengatakan ia hanyalah ‘sedikit’ tegurannya tentang rekaan grafik kepada ‘posting’ tersebut.

“Jangan gunakan tulisan berwarna kuning di atas latar belakang merah terang.”

“Sila kekalkan teks hanya maksimum 5 baris sahaja, supaya ia boleh dibaca dan tidak juling mata membacanya.”

“Bersederhanalah kawan. Maksud kandungan lebih penting daripada identiti jenama.”

ciapan @razifohnas di Twitter

Jika dilihat ada benarnya teguran itu. Boleh pening melihat ‘posting’ yang dimuat naik, malah, ada juga penyokong yang ‘berbunyi’ mengenainya.

Selain itu, bukan Selangor sahaja yang memiliki gaya ‘posting’ sebegini, malah ada juga pasukan lain di Liga M yang menggunakan gaya sama.

Kita boleh lihat contoh-contoh di bawah ini, bagaimana pasukan di Liga M antaranya Melaka United, memuat naik kenyataan media di laman sosial.

 

‘Posting’ Melaka United dilihat masih boleh diterima walaupun sehingga tiga perenggan teks dimasukkan ke dalam grafik. Ia dilihat tidak terlalu ‘over’.

Kedah Darul Aman dilihat memuat naik imej dengan tajuk kenyataan media yang mahu disampaikan dan kenyataan pula dibuat dalam bentuk teks.

Teknik Penang FC pula lebih santai dengan memuat naik imej ‘kenyataan media’ dan kenyataan itu dimasukkan ke dalam bentuk teks di ‘posting’.

Dari segi rekaan grafik untuk kandungan lain, tidak dinafikan Selangor memiliki antara pasukan yang bagus. Tetapi untuk kenyataan media, ia mungkin boleh kita katakan gagal menyampaikan maklumat penting.

Mungkin pasukan grafik boleh belajar sedikit sebanyak daripada rekaan grafik daripada pasukan luar negara seperti contoh-contoh di bawah ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN