“Setiap Pemain Ada Impian Untuk Harumkan Negara”- Pengendali Bali United Tak Kisah Lepaskan Tonggak Utama

Kebelakangan ini, isu melepaskan pemain serta ada yang menolak panggilan skuad kebangsaan sering menjadi bualan panas di media sosial dengan pelbagai pendapat diberi.

Untuk Malaysia, saingan Piala AFF kali ini menyaksikan ada ramai pemain yang menolak panggilan skuad kebangsaan dengan beberapa alasan telah diberi.

Walaupun saingan liga telah pun tamat, situasi menyaksikan Kim Pan-gon terpaksa membuat rombakan pemain untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Di Indonesia, isu ini turut mendapat perhatian selepas beberapa pengendali kelab tempatan merungut untuk melepaskan pemain mereka serta mengkritik tempoh kem latihan pusat yang agak lama.

Tambahan pula, saingan liga di sana ketika ini sudah pun kembali bersambung selepas terpaksa dihentikan dengan agak lama sebelum itu.

Namun, pengendali Bali United iaitu Stefano Cugurra menganggap perkara tersebut bukan suatu masalah dan panggilan skuad kebangsaan merupakan impian setiap para pemain.

Untuk Bali United, beliau kehilangan dua pemain tonggak yang menjadi kunci utama pasukan tersebut dalam setiap perlawanan dihadapi iaitu penyerang profilik, Ilija Spasojevic serta penjaga gol utama negara, Nadeo Argawinata.

“Saya tak ada masalah tentang perkara tersebut, kerana saya tahu para pemain yang dipanggil skuad kebangsaan harus memberi fokus sepenuhnya untuk negara,” jelas beliau menerusi Bola.com.

Pengendali itu juga menganggap setiap para pemain bola sepak pastinya mengimpikan diri untuk beraksi di pentas antarabangsa serta mengharumkan nama negara.

Malah, pengendali tersebut juga menghormati setiap jurulatih kebangsaan dan tempoh masa yang lama di Indonesia telah mengajar beliau mengenali tempoh masa kem latihan diadakan oleh pengurusan negara.

“Sudah bertahun-tahun saya menetap di sini sebagai seorang jurulatih bola sepak profesional. Sebelum kehadiran Shin Tae-yong lagi saya tempoh kem latihan yang sama tela dibuat.

“Jadi bukan Tae-yong sahaja yang mengamalkan kem latihan dalam tempoh masa lama, tetapi jurulatih lain juga sama.

“Dulu saya pernah lepaskan tujuh pemain utama untuk berkhidmat bersama pasukan negara, kali ini dua tonggak digunakan dan pemain simpanan seperti Ridho juga mempunyai kualiti bagus seperti Nadeo untuk mengambil tanggungjawab tersebut,” tambah beliau.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN