Kem Kemboja Terpegun Melihat Kehebatan Bintang Harimau Malaya Ini

Pengurus skuad kebangsaan Kemboja, Hirose Ryu mengakui yang beliau sangat teruja dan terpegun melihat kehebatan pemain pertahanan Malaysia terutama di bahagian kiri padang.

Kemboja turun beraksi bertemu skuad kebangsaan Malaysia dalam satu aksi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam.

Harimau Malaya cemerlang mencatatkan kemenangan 4-0 menewaskan Kemboja di halaman sendiri dan anak-anak buah Kim Pan-gon itu juga turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan tersebut.

Walau dibarisi dengan ramai muka baru dalam kesebelasan utamanya, skuad Harimau Malaya tetap mampu mempamerkan aksi persembahan yang sangat dasyat.

Corak permainan yang dipersembahkan oleh para pemain sangat luar biasa dan kerana itulah mereka berjaya mencatatkan keputusan yang sangat memberangsangkan.

Kim Pan-gon sendiri turut terkejut melihat aksi hebat yang dipersembahkan oleh anak-anak buahnya dalam perlawanan ini dan beliau berharap momentum itu akan mampu untuk dikekalkan.

Bercakap dalam sesi temu bual selepas tamat perlawanan, Pan Gon mendedahkan yang beliau sangat terkejut melihat persembahan anak-anak buahnya dalam perlawanan tersebut.

Walau ramai muka baru dan ada beberapa pemain yang melakukan debut mereka bersama skuad Harimau Malaya dalam perlawanan ini, namun Pan Gon merasakan seolah-olah skuadnya itu sudah dibentuk dalam tempoh yang lama.

Begitu juga dengan jurulatih skuad kebangsaan Kemboja, Hirose Ryu yang turut terkedu melihat corak permainan skuad Malaysia dalam perlawanan ini.

Kem Kemboja terpegun melihat aksi hebat pemain pertahanan Malaysia

Jurulatih skuad kebangsaan Kemboja memuji aksi hebat yang dipamerkan oleh skuad kebangsaan Malaysia dan beliau turut mengakui bahawa anak-anak buahnya gagal untuk menandingi kehebatan skuad kendalian Kim Pan-gon itu.

Ketika ditanya pemain yang paling beliau kagumi, Chhouk Piseth mendedahkan bahawa:

“Di posisi pertahanan sangat bagus mereka banyak mencipta peluang dari situ terutama di posisi back kiri pada aksi babak pertama, dia tidak mempunyai ketinggian dan tubuh yang besar, tapi dia ada potensi yang tinggi dan dia ada intensiti untuk bermain sepanjang permainan.”

Pemain yang bermain di posisi back kiri pada aksi babak pertama permainan adalah Ruventhiran dan jelas sekali bintang PJ City itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat dasyat dalam perlawanan ini.

Bukan hanya jurulatih Kemboja, bahkan para peminat juga turut sama sependapat yang beliau antara pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Walau baru tiga kali beraksi bersama skuad kebangsaan Malaysia, namun Ruventhiran telah menunjukkan kematangan dalam aksinya dan ketenangan beliau tidak boleh dipertikaikan.

Peminat jelas sekali sangat berharap beliau akan mampu mengekalkan tahap persembahan yang sama dan terus beraksi cemerlang untuk negara.

Malaysia akan mengharungi satu lagi aksi perlawanan persahabatan pada Rabu ini menentang Maldives di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebelum memulakan kempen Piala AFF 2022 dengan menentang Myanmar di Yangon dalam aksi pembukaan Kumpulan B, pada 21 Disember.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN