Kelibat bekas penyerang Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Mahmoud Al-Mardi boleh dianggap sebagai salah seorang import paling berbaloi pernah dimiliki kelab tersebut musim lalu.
Apa tidaknya, kemasukan Al-Mardi pada pertengahan musim lalu berjaya memberi impak positif buat Kedah di bahagian serangan dalam setiap perlawanan dihadapi pasukan tersebut.
MR. HAT-TRICK MARDI ✌️😎#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #afccup2022 #groupG #KDAFCVISAKHAFC pic.twitter.com/1ckvBxPdOx
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 30, 2022
Aksi Al-Mardi mula mendapat pujian ramai penyokong Kedah pada pertengahan musim lalu setelah kelincahannya dalam saingan Piala AFC membantu Sang Kenari untuk meraih beberapa kemenangan di Bali, Indonesia.
Selepas itu, Al-Mardi juga tidak mengambil masa yang lama untuk mencuri tumpuan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) setelah cemerlang beraksi dalam setiap perlawanan.
Untuk rekod, Mardi telah pun menyumbang lima gol serta tujuh bantuan jaringan daripada 12 perlawanan dihadapi dalam aksi Liga Super bersama Kedah musim lalu.
Untuk saingan Piala AFC, beliau telah pun menyumbang empat gol secara keseluruhan dan memberi impak besar untuk serangan Kedah ketika itu.
Musim ini sebenarnya Al-Mardi telah pun dikaitkan bersama Negeri Sembilan setelah kontrak beliau tidak disambung oleh Kedah yang telah membuat rombakan baharu.
M. Mardi was born to dribble ⚽️ 🔰 pic.twitter.com/bNGsSmJSC4
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 22, 2022
Namun, segalanya tidak menjadi kenyataan dengan beberapa isu terjadi dan pemain kebangsaan Jordan itu menyertai Qadsia dalam saingan Kuwait Premier League.
Baru-baru ini Al-Mardi telah berkongsikan foto beliau di Instagram dengan mengenakan jersi Kedah sambil mengucapkan salam lebaran beberapa hari lalu.
Ianya dianggap sangat ikonik kerana Al-Mardi seolah masih merindui detik beliau di Kedah walaupun kini sudah beraksi bersama kelab baharunya iaitu Qadsia.
Malah, segelintir penyokong Kedah juga turut terkesan dengan ketiadaan Al-Mardi ketika ini selepas serangan Sang Kenari agak tumpul dalam beberapa perlawanan awal saingan Liga Super.
Berbekalkan kelebihan beliau dalam skil kawalan bola, kreatif, serta tajam di hadapan gol pastinya khidmat Al-Mardi akan sentiasa menjadi rebutan mana-mana kelab di Malaysia sehingga kini jika kena pada situasi.
Kedah yang kini agak tumpul di posisi serangan mungkin boleh mengembalikan semula kekurangan tersebut menerusi aset yang dimiliki Al-Mardi pada jendela perpindahan kedua akan datang.
Player Of The Match! Well played, Mahmoud Al Mardi 1️⃣0️⃣ ⚔
FT | MELAKA UNITED FC 0 – 3 KDA FC
⚽ 13' 89' Mahmoud Al-Mardi
⚽ 83' Fayadh Zulkifli#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #LS13 #KLCKDA pic.twitter.com/go9FbYV213— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 9, 2022
Apapun, nama pemain kelahiran Jordan ini pastinya akan terus dikenang oleh penyokong Sang Kenari sebagai antara kualiti import yang berkelas tinggi pernah dimiliki Kedah.