‘Sesuai Dengan Keperluan Bola Sepak Moden’ – FAM Tubuh Pasukan Prestasi Tinggi Bantu Harimau Malaya

Sesuai dengan keperluan bola sepak moden pada hari ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada mengumumkan penubuhan Pasukan Prestasi Tinggi untuk membantu skuad Harimau Malaya.

Penubuhan unit tersebut adalah antara keputusan di bawah Jabatan Teknikal FAM yang diumumkan oleh Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell.

Menurut Scott O’Donell pasukan tersebut terdiri daripada mereka yang memiliki kepakaran sebagai ahli fisiologi, psikologi, pakar pemakanan, dan akan diketuai oleh Reuben Jude Balraj.

Reuben sendiri memiliki pengalaman luas di dalam bidang conditioning sebelum ini merupakan seorang jurulatih kecergasan bersama FAM, dan pernah memainkan peranan sama bersama pasukan Kelantan dan JDT.

Beliau juga adalah jurulatih kecergasan skuad kebangsaan ketika era Dollah Salleh bergelar Ketua Jurulatih Harimau Malaya.

Sumber: FAM

Kesemua mereka akan melaporkan diri kepada Kim Pan-gon yang turut akan memainkan peranan sebagai pengurus pasukan negara – selain sebagai Ketua Jurulatih.

Menurut Scott O’Donell, antara tugas utama Pasukan Prestasi Tinggi ini ialah untuk menyusun keputusan-keputusan ujian, analisis perlawanan, laporan kecederaan dan sebagainya untuk digunakan sebagai perbandingan dan juga perancangan masa depan pasukan negara.

Langkah oleh FAM ini dilihat sebagai langkah proaktif kerana mementingkan setiap perincian data dan sains sukan untuk membentuk sebuah skuad kebangsaan yang kompetitif.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN