TMJ Mengaku JDT Silap Beli Pemain, Mahu Peminat Beri Benjamin Mora Masa

Sesi TMJ bersama penyokong yang berlangsung sejurus selepas perlawanan Liga Super JDT menentang Selangor semalam.

Perlawanan tersebut menyaksikan keputusan seri 0-0 dicatatkan kedua-dua pasukan.

Dalam perjumpaan tersebut, beberapa perkara dibincangkan. Apa yang menarik perhatian kami adalah pemilihan pemain import dan juga perancangan masa hadapan kelab.

Mengaku tersilap

Menurut sumber kami dari Arena Harimau Malaysia, TMJ sendiri mengaku yang baginda tersilap dalam mendapatkan pemain untuk JDT musim ini.

Beberapa pemain barangkali akan diganti dengan pemain baharu ketika jendela perpindahan dibuka semula pada pertengahan musim.

TMJ memberikan bayangan Brian Ferreira dan juga Gonzalo Cabrerra akan ditukarkan dengan pemain import lain pada jendela perpindahan nanti.

Menurut TMJ, JDT berminat untuk mendapatkan khidmat Ignacio ‘Natxo’ Insa yang merupakan pemain Brisbane Roar di A-League di Australia.

Rekod Insa di A-League bukan calang-calang, beliau merupakan penjaring terbanyak pasukan Brisbane Roar.

Selain itu juga, TMJ juga mengaku yang JDT mempunyai kekurangan dari segi bilangan pemain yang boleh bermain peranan nombor 9 dalam pasukan mereka.

Bukan pilihan jurulatih

Baru-baru ini, Gabi Guerra dinaikkan dari JDT II ke JDT dengan menggantikan Jeremimo Barrales.

Menurut TMJ, Barrales merupakan pemain yang bukan pilihan Benjamin Mora. Sebaliknya ia merupakan pilihan bekas jurulatih – Mario Gomez.

Gomez masih lagi mahu mengekalkan taktikal yang digambarkan tidak moden kerana masih lagi mahu bermain sistem target man.

TMJ juga mendedahkan punca sebenar mengapa Jorge Pereyra Diaz serta Juan Martin Lucero pergi meninggalkan pasukan.

Kedua-dua pemain itu nyata bukan pemain yang digemari oleh Gomez, lalu beliau membuat keputusan untuk menjual pemain tersebut.

Tambahan pula, Lucero sendiri yang meminta untuk dijual.

Beri masa

Selain itu, TMJ juga menegaskan agar peminat JDT memberikan masa kepada Benjamin Mora untuk membina sebuah skuad yang mantap.

Mora dalam perancangan untuk mencipta skuad yang bermain dengan falsafah JDT yang mengikuti gaya Juventus dan juga Bayern Munich.

“Jika ada jurulatih lain yang lebih baik, minta dia jadi juulatih JDT.”

Baca juga: Gabi Guerra Dinaik Pangkat Dari JDT II Ke JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN