Gabi Guerra Dinaik Pangkat Dari JDT II Ke JDT

Gabi Guerra dipindahkan dari JDT II ke JDT bagi menggantikan Jeremimo Barrales.

Ia berlaku selepas JDT menggunakan kuasa mereka sebagai parent club kepada JDT II yang merupakan feeder club JDT.

Perjanjian Feeder Club

Gabi Guerra dinaik pangkat ke JDT selepas JDT menggunakan kuasa mereka sebagai feeder club seperti perjanjian diantara JDT dan FMLLP.

Perjanjian antara JDT dan FMLLP ini adalah sebahagian daripada usaha mereka ke arah perlesenan kelab pada 2018.

Melalui perjanjian ini, JDT boleh memindahkan pemain mereka dengan pemain di JDT II sebanyak 4 orang ketika di luar musim perpindahan.

Selain itu, melalui perjanjian itu juga JDT dan JDT II tidak boleh bermain dalam liga yang sama.

Dan jika JDT II menjadi johan atau naib johan Liga Perdana, mereka tidak akan naik ke Liga Super.

Selain itu, jika JDT turun ke Liga Perdana. JDT II secara automatik akan turun ke Liga FAM tak kira tangga berapa mereka tamatkan saingan Liga Perdana pada musim itu.

Bermula 2018, JDT wajib meletakkan sekurang-kurangnya 4 pemain B-23 tahun dalam setiap perlawanan.

Dan JDT II tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan yang disertai JDT.

Ini bermakna, JDT II tidak akan menyertai Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia bermula pada musim 2018.

Baca juga: Bodric Dimirtri Jaring 4 Gol Dari Bangku Simpanan, Bantu MISC-MIFA Tewaskan JDT II 5-3

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN