Sesi dialog TMJ bersama penyokong JDT menyaksikan beberapa perkara dibincangkan.
Antara yang menjadi perhatian adalah mengenai pemergian Mario Gomez, mengenai para pemain import JDT serta gaya permainan JDT sendiri.
Kredit kepada Arena Harimau Malaysia kerana memberikan info ini kepada kami.
Mario Gomez & JDT berpisah
Sesi dialog TMJ bersama penyokong JDT menyaksikan antara perkara yang menjadi tumpuan adalah mengenai pemergian bekas jurulatih dan pengurus iaitu Mario Gomez dengan JDT.
Dalam sesi dialog TMJ bersama penyokong itu, baginda memberitahu penyokong yang pemergian jurulatih tersebut adalah atas persetujuan bersama Gomez dan juga pihak JDT.
Namun terdapat sedikit masalah apabila Gomez meminta kepada pihak JDT pampasan sebanyak 6 bulan gaji iaitu sebanyak $450 ribu. Akan tetapi, pihak JDT hanya memberikan pampasan sebanyak 1 bulan gaji sahaja kerana itulah yang termaktub dalam kontrak perjanjian antara Gomez dan JDT.
Dalam masa yang sama, pemergian Gomez adalah disebabkan taktikal 4-4-2 beliau tidak akan memberikan impak besar lagi berpanjangan kepada pasukan JDT.
TMJ mahu pasukannya bermain dengan formasi 5-3-2 ataupun formasi moden 4-3-2-1. Dan baginda yakin jurulatih baharu iaitu Benjamin Mora boleh menggalas tugas tersebut.
Harris Harun import terbaik
Sesi dialog TMJ bersama penyokong juga menyaksikan baginda bercakap mengenai para pemain import beliau iaitu Harriss Harun, Marcos Antonio dan bekas pemain import – Juan Martin Lucero .
Bagi TMJ, Harriss merupakan seorang pemain import yang tidak banyak kerenah kerana mereka bertiga “senang dijaga” serta tidak pernah meminta apa-apa pun dari kelab. Ia sepertinya ketiga-tiga pemain itu berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh JDT.
Namun dalam masa yang sama, TMJ membidas tindakan seorang lagi bekas pemain import mereka – Jorge Diaz dan Pablo Aimar.
Diaz disingkirkan dari kelab kerana berkelakuan tidak sopan terhadap kelab dan ini memaksa JDT menyingkirkan beliau.
“Beliau boleh jaringkan 200, 500 gol jika dia mahu. Tetapi bila anda buat hal dengan kelab, kami terpaksa buang.”
Diaz dan Aimar digambarkn sebagai pemain yang “tidak menentu emosinya” oleh TMJ.
“Mereka berdua boleh datang ke padang latihan, senyum dan salam kita tetapi esok tak nak pandang muka kita.”
Ala Juventus & Bayern Munich
Sesi dialog TMJ bersama penyokong juga menyaksikan baginda menceritakan mirip siapa gaya permainan pasukan JDT.
“Ada 2 pasukan, iaitu Juventus dan Bayern Munich.”
“Permainan JDT lebih kepada penguasaan bola tetapi juga sangat kompak ketika bertahan ketika menghadapi serangan pihak lawan.”
Ada juga yang mahukan JDT bermain corak permainan seolah pasukan Barcelona, namun baginda ada jawapannya sendiri.
“Kalau nak main macam Barcelona, kena tunggu 20 tahun akan datang baru boleh. Hal ini kerana Barcelona sendiri dah guna falsafah bola sepak mereka lebih 100 tahun.”
Perkara lain yang dibincangkan
Selain itu juga, TMJ ada bercakap mengenai beberapa perkara di dalam sesi dialog bersama penyokong.
Baginda berjaya mengenai Nazmi Faiz yang tidak jadi dipinjamkan ke kelab Jepun atas permintaan barisan kejurulatihan JDT sendiri. Tetapi baginda memberikan bayang Hariss Harun akan dipinjamkan ke liga divisyen 2 Greece atau Portugal.
TMJ juga mengulas mengenai pembinaan stadium baharu JDT yang mungkin akan sedikit lewat dari waktu yang ditetapkan. Hal ini kerana terdapat perubahan untuk memastikan rumput di stadium baharu mendapat cahaya matahari yang mencukupi.
Dan yang terakhir, TMJ memuji kelab Thailand iaitu Burriram United yang disifatkan oleh baginda sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara.
Baginda juga terkejut dengan gelagat pemilik Burriram United yang turut serta memanaskan badan bersama pasukannya sebelum perlawanan berlangsung serta mengelilingi stadium untuk bersorak bersama-sama penyokong Burriram United.
Baca juga: Kevin Ramalingam Mengulas Tentang Isu Hak Penyiaran Di Liga Malaysia