Serpihan Pesawat Yang Membawa Emiliano Sala Telah Dijumpai

Setelah melakukan pelbagai usaha dalam mencari, kini misi pencarian semakin mendapatkan hasilnya.

Terbaharu, serpihan pesawat yang membawa pemain Cardiff City iaitu Emiliano Sala kini telah dijumpai.

Menurut laman Sky Sports, serpihan pesawat itu telah pun dijumpai di dasar laut yang terletak di Selat Inggeris.

Kata pihak yang melakukan pencarian iaitu Air Accidents Investigation Branch (AAIB) dan juga ketua pencari David Mearns, hasil yang dijumpai itu adalah sebuah serpihan yang besar.

“Serpihan pesawat yang membawa Emiliano Sala dan juruterbang David Ibbotson telah pun dijumpai.”

“Apa yang boleh dikatakan sekarang adalah serpihan yang dijumpai adalah jumlah besar kepada serpihan ada di dasar lautan itu.”

Menurut Mearns, serpihan itu telah dijumpai selepas mereka melakukan proses pencarian di sekitar Morven.

Serpihan itu terletak di selepas kapal pencari berada. Tidak lama selepas itu, pencarian menggunakan teknik Remotely Operated Vehicle atau ROV dilakukan.

Berita mengenai perkara ini telah pun disampaikan kepada pihak keluarga Sala dan juga Ibbotson.

“Pihak keluarga telah pun dinyatakan mengenai perkara ini dan pihak AAIB akan melakukan kenyataan pada Isnin.”

“Ia merupakan keputusan terbaik yang kami boleh harapkan ketika ini tetapi pada waktu ini pihak keluarga telah mendengar berita yang cukup menyedihkan mereka jadi kami tidak mahu melakukan sebarang komen tambahan.”

Pencarian pesawat ini diteruskan selepas ianya disokong dengan dana awam yang diberikan menerusi atas talian di laman GoFundMe.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN