Setelah melakukan pelbagai usaha dalam mencari, kini misi pencarian semakin mendapatkan hasilnya.
Terbaharu, serpihan pesawat yang membawa pemain Cardiff City iaitu Emiliano Sala kini telah dijumpai.
Menurut laman Sky Sports, serpihan pesawat itu telah pun dijumpai di dasar laut yang terletak di Selat Inggeris.
Kata pihak yang melakukan pencarian iaitu Air Accidents Investigation Branch (AAIB) dan juga ketua pencari David Mearns, hasil yang dijumpai itu adalah sebuah serpihan yang besar.
“Serpihan pesawat yang membawa Emiliano Sala dan juruterbang David Ibbotson telah pun dijumpai.”
“Apa yang boleh dikatakan sekarang adalah serpihan yang dijumpai adalah jumlah besar kepada serpihan ada di dasar lautan itu.”
Menurut Mearns, serpihan itu telah dijumpai selepas mereka melakukan proses pencarian di sekitar Morven.
Serpihan itu terletak di selepas kapal pencari berada. Tidak lama selepas itu, pencarian menggunakan teknik Remotely Operated Vehicle atau ROV dilakukan.
Berita mengenai perkara ini telah pun disampaikan kepada pihak keluarga Sala dan juga Ibbotson.
“Pihak keluarga telah pun dinyatakan mengenai perkara ini dan pihak AAIB akan melakukan kenyataan pada Isnin.”
“Ia merupakan keputusan terbaik yang kami boleh harapkan ketika ini tetapi pada waktu ini pihak keluarga telah mendengar berita yang cukup menyedihkan mereka jadi kami tidak mahu melakukan sebarang komen tambahan.”
Pencarian pesawat ini diteruskan selepas ianya disokong dengan dana awam yang diberikan menerusi atas talian di laman GoFundMe.