Serie A: Juventus Tewas Di Tangan Sampdoria, Dibezakan 4 Mata Dengan Napoli

Juventus dikejutkan dengan kekalahan 3-2 di tangan pasukan Sampdoria. Max Allegri membuat keputusan untuk merehatkan beberapa bintang beliau. Ianya untuk persediaan menghadapi Barcelona pada perlawanan UCL.

Ternyata tindakan Allegri itu memakan diri dan taktikal beliau tidak menjadi. Duvan Zapata, Lucas Torreira dan Gian Marco Ferrari meletakkan pasukan Sampdoria mendahului 3 gol di hadapan dalam masa 70 minit.

Juventus hanya mampu menjaringkan gol pertama menerusi Gonzalo Higuain pada masa kecederaan. Dybala merapatkan jurang juga pada masa kecederaan. Sampdoria menang 3-2 ke atas Juventus.

Kekalahan ini meletakkan Juventus kini 4 mata di belakang Napoli yang semalam menewaskan pasukan AC Milan. Juventus juga sudah tewas 2 kali musim ini. Manakala Napoli masih kekal dengan rekod tanpa kalah selepas 12 perlawanan.

Sampdoria meneruskan musim baik mereka. Mereka kini mengumpul 26 mata daripada 12 perlawanan. 8 kemenangan mereka cipta setakat ini dan hanya dibezakan 5 mata dengan Juventus.

Selepas ini, Juventus akan menerima kunjungan Barcelona (UCL) dan kemudiannya Crotone (Serie A). Pada 2 Disember mereka akan berkunjung ke San Paolo untuk berhadapan dengan Napoli dalam Serie A.

Ia dijangka akan menjadi perlawanan blockbuster pada musim ini. Selepas itu mereka akan berhadapan Olympiakos dan kemudiannya satu lagi perlawanan besar menentang Inter Milan pada 10 Disember.

Nampaknya persaingan Serie A musim ini sangat menarik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN