Video: Lihat Aksi ‘Double Saves’ Gomes Di Hadapan David Moyes

Tugasan pertama David Moyes bersama West Ham berakhir dengan kekalahan 2-0. Sekaligus meletakkan mereka kekal di zon penyingkiran.

Will Hughes adalah pemain terbaik perlawanan dengan melakukan 1 gol dan 1 assist dalam perlawanan ini. Satu lagi gol Watford adalah menerusi Richarlison.

Satu babak menarik ketika Heurelho Gomes melakukan aksi menyelamat berganda yang menafikan gol West Ham United.

65SztmlAeBc from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Sebelum ini David Moyes berjanji akan mengubah West Ham menjadi pasukan yang akan bermain dengan taktikal menyerang yang menarik.

Mungkin tugasan pertama beliau agak sukar kerana baru bersama-sama dengan pemain-pemain West Ham. Jadi November adalah peluang terbaik untuk Moyes mendapatkan rentak terbaik taktikal beliau.

Ini kerana pada Disember, 5 perlawanan pertama mereka, 4 perlawanan menentang big 6.

Dalam perlawanan menentang Watford, penyokong West Ham mulai menaikkan beberapa banner yang mahu pengurusan tertinggi mereka dirombak.

Kemenangan Watford ini membolehkan mereka terus kekal dalam kelompok 8 pasukan teratas. Setakat ini Watford sudah menang 5 daripada 12 perlawanan pertama awal musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN