AC Milan sekali lagi menderita dengan kekalahan. Skuad bimbingan Marco Giampaolo, Milan, tewas di tangan Fiorentina 1-3 di San Siro.
Dalam perlawanan tersebut, bintang veteran, Franck Ribery menjadi nadi pasukannya. Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut oleh Fiorentina selepas permulaan tanpa kemenangan dalam 3 perlawanan sebelumnya.
https://twitter.com/i/status/1178385204760723456
AC Milan pula menderita kekalahan ketiga berturut-turut, selepas ditewaskan oleh Inter, dan Torino sebelum ini. Secara keseluruhannya, AC Milan sudah tewas 4 daripada 6 perlawanan setakat ini.
Pasukan tuan rumah ketinggalan menerusi jaringan penalti oleh Eric Pulgar.
Pada separuh masa kedua, AC Milan dikurangkan kepada 10 pemain selepas Mateo Musacchio dibuang padang kerana kekasaran ke atas Ribery.
Gaetano Castrovilli kemudian membuka akaun gol Serie A beliau pada minit ke-66, untuk meletakkan Fiorentina 2 gol di hadapan.
4 minit selepas itu, Fiorentina dihadiahkan sepakan penalti. Namun malangnya, Chiessa gagal menyempurnakanya.
Pada minit ke-78, Ribery membunuh perlawanan dengan gol ketiga. Ribery melakukan acahan dan kemudian melakukan ‘chop’ kemas untuk mencipta ruang bagi membolehkan beliau melakukan rembatan.
Deserved goal for Ribery. That’s a great finish. pic.twitter.com/Y7kkYJqQlG
— Para (@Paracelsus) September 29, 2019
Dengan aksi cemerlang pada usianya yang sudah 36 tahun, membuatkan penyokong AC Milan memberikan tepukan penghormatan kepada Franck Ribery.
— Milan Posts (@MilanPosts) September 29, 2019
Bukan sesuatu yang semua pemain boleh dapat dalam karier mereka. Ternyata Ribery telah membuatkan penyokong Milan mengenepikan rasa kecewa seketika dan memberikan penghormatan kepada beliau.
Frank Ribery is what you mean with the word champion. Regardless of the age. AcMilan fans standing ovation for the rival when he came off. #Ribery #AcMilanFiorentina #milfio pic.twitter.com/WONvV7BwMn
— 🏟 The football Scout- official ⚽ (@scoutheworld) September 29, 2019
Ribery ditandatangani secara percuma selepas pemain itu meninggalkan Bayern Munich pada pra musim yang lalu.
Beliau masih belum mahu bersara daripada bola sepak seperti mana rakannya Arjen Robben.
AC Milan jelas sekali hilang fokus dalam perlawanan ini. Mereka mendapat gol sagu hati lewat perlawanan menerusi Rafael Leao.
Tekanan mulai dirasai oleh Marco Giampaolo yang dilantik menggantikan Gennaro Gattuso.