Pemain penyerang sayap, Suso telah menjadi wira AC Milan ketika aksi Serie A berhadapan dengan SPAL.
Suso masuk sebagai pemain gantian dan mahu membuktikan sesuatu kepada penyokong serta pengurus baharu Stefano Pioli.
Suso sebelum ini meluahkan rasa kecewanya kerana disisihkan oleh Pioli daripada kesebelasan utama. Beliau juga dikritik hebat oleh segelintir peminat AC Milan yang merasakan prestasi Suso tidak cukup bagus.
AC Milan kelihatan bakal menamatkan aksi menentang SPAL dengan satu lagi perlawanan dengan keciciran mata.
Namun begitu, kemasukan Suso pada minit ke-57 menggantikan Samu Castillejo telah mengubah segalanya.
Sebelum gol Suso menerusi sepakan percuma, gol Theo Hernandez dibatalkan kerana ofsaid. Hernandez menerima hantaran Paqueta. Namun kesilapan Paqueta adalah tidak melepaskan bola dengan lebih cepat, itu yang membuatkan Theo Hernandez ofsaid.
Pada minit ke-13, Castilejo melakukan percubaan yang terkena palang gol. Paqueta turut menguji penjaga gol SPAL – Etrit Berisha – namun gagal menewaskan penjaga gol itu.
Seorang lagi pemain yang dimasukkan semula ke dalam kesebasan utama – Krzysztof Piatek – terus mencari gol untuk Milan. Piatek memiliki beberapa peluang gol dalam perlawanan ini.
Pada minit ke-63, pemain gantian Suso memberikan gol kemenangan kepada AC Milan. Suso menyempurnakan sepakan percuma selepas Piatek dikasari oleh Francesco Vicari.
https://twitter.com/i/status/1190044842170232833
AC Milan menang 1-0 dan berada di tangga ke-10. Milan juga dibezakan 6 mata daripada kelompok 4 teratas.