Inter Milan naik ke tangga kedua Serie A untuk memberikan tekanan kepada pendahulu, Juventus selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas Genoa hasil jaringan Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez pada awal pagi tadi.
Bagaimanapun, Juventus berpeluang untuk menjuarai liga dengan berbaki dua perlawanan sekiranya mereka menewaskan Sampdoria pada Ahad, tetapi prestasi goyah skuad The Bianconeri sejak kebelakangan ini menyaksikan mereka hanya menang sekali sahaja dalam lima aksi terakhir.
Kemenangan Inter itu membolehkan mereka memintas Atalanta selepas mengumpul 76 mata sementara Genoa pula terus kekal di tangga ke-17 dengan 36 mata, hanya empat mata dipisahkan dari zon penyingkiran, namun Lecce yang berada di bawah mereka mempunyai satu perlawanan dalam tangan.
Lukaku menyumbat gol pertama perlawanan menerusi tandukan selepas mengatasi kawalan Christian Zapata dan menyudahkan hantaran lintang Cristiano Biraghi dari sebelah kiri pada minit ke34.
22 Serie A goals and counting in @RomeluLukaku9’s first season in Italy 🎯 pic.twitter.com/EBBz1juThn
— B/R Football (@brfootball) July 25, 2020
Tidak lama selepas itu, Genoa berpeluang untuk menyamakan kedudukan, namun percubaan Filip Jagiello dari sepakan percuma namun rembatan lengkungnya hanya tersasar sedikit sahaja di sebelah tiang gol dengan penjaga gol Inter, Samir Handanovic hanya terpaku.
Inter akhirnya menamatkan usaha Genoa untuk bangkit dengan dua gol pada lewat permainan bermula dengan Victor Moses yang bijak membuat hantaran lintang dengan disudahkan dengan sempurna oleh Sanchez yang menolak masuk bola ke gawang gol Genoa untuk gol kedua.
Pada masa kecederaan, Lukaku menambah satu lagi gol buat Inter dengan memintas sebelum merembat kencang tepat ke penjuru gawang tuan rumah yang juga merupakan gol ke-23 dalam saingan liga musim ini.
15 – Romelu #Lukaku has scored 15 goals away from home in the current Serie A season, equalling the record of goals for an #Inter' player in a single top-flight campaign (Stefano Nyers in 1949/50). Fantastic.#GenoaInter pic.twitter.com/e0c0ijqCcA
— OptaPaolo (@OptaPaolo) July 25, 2020
Dalam sidang media selepas perlawanan, pengurus Inter, Antonio Conte memuji persembahan anak buahnya yang menunjukkan semangat luar biasa untuk terus mengejar Juventus pada penghujung musim.
“Kejayaan mengutip mata demi mata dalam beberapa perlawanan terakhir ini menunjukkan mereka melakukan tugas dengan baik. Sudah tentu kami perlu terus tingkatakan prestasi permainan. Mereka tidak berputus asa,” kata Conte.
Untuk dua perlawanan terakhir Serie A, Inter dijadualkan bertemu Napoli pada Selasa ini serta melengkapkan aksi penutup dengan bertandang ke Atalanta pada Ahad 3 Ogos dan mengharapkan Juventus terus tercicir mata atau tewas dalam tiga aksi terakhir mereka.
Kredit Foto: Getty Images
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Inter Milan: