Pereira Menyampah Dengan Perangai Angkuh Van Dijk & Milner

Pereira Van Dijk Milner

Pemain tengah Manchester United, Andreas Pereira melabelkan dua pemain Liverpool, Virgil van Dijk dan James Milner sebagai pemain paling angkuh yang pernah beliau jumpa di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam satu temubual bersama rancangan Youtube Brazil Desimpedidos, pemain Brazil itu memilih dua pemain tersebut yang disebut sebagai ‘marrento’ (bahasa Brazil yang diterjemah sebagai angkuh).

https://twitter.com/matthewOCS/status/1286992576306991104?s=20

“Saya paling tak suka pemain itu, Milner. Saya akan bercakap dengan jujur. Saya juga tak suka dengan pemain pertahanan, Van Dijk. Dia itu seorang pemain yang ‘marrento’. Caranya bermain menunjukkan dia itu seorang yang angkuh.

Pemain United berusia 24 tahun itu berkata walaupun Van Dijk seorang pemain yang baik, itu tidak menjaminnya untuk ‘menghormati’ pemain tersebut.

Mengenai Milner, pemain berusia 34 tahun itu ‘ditangkap’ dalam satu keratan video di tular media sosial yang memaparkan beliau memanggil Manchester United sebagai ‘f*cking w*nkers’ sewaktu upacara menjulang trofi EPL pada Rabu lalu.

Van Dijk pula sememangnya tidak digemari oleh pemain Brazil. Sebelum ini, penyerang Everton, Richarlison berkata dalam satu temubual dalam rancangan Youtube mengatakan pertahanan Belanda itu bukanlah yang terbaik di dunia.

“Orang ramai bercakap tentangnya. Ya memang dia seorang pemain pertahanan yang bagus, tetapi saya dah banyak kali menggelecak melepasinya.

“Dia telah dipilih sebagai antara tiga pemain terbaik dunia [tahun lepas] selepas menghadapi musim yang baik, tetapi bagi saya ada lagi pertahanan lain yang lebih baik daripadanya.

Richarlison memilih Thiago Silva, Marquinhos dan Sergio Ramos sebagai pertahanan terbaik.

Sementara Pereira pula apabila ditanya mengenai pemain lawan terbaik di EPL, pilihannya tidaklah mengejutkan dengan menyenaraikan dua rakan senegaranya.

“David Luiz dan Willian adalah pemain yang hebat,” ujarnya lagi.

Kredit Foto: Liverpool_in_th

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN