Serie A: Juventus Menang Ke Atas Parma, Ronaldo Masih Kempunan Gol

Cristiano Ronaldo terpaksa menunggu lagi untuk menjaringkan gol pertama beliau untuk Juventus.

Ini selepas beliau gagal menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Parma semalam. Ronaldo yang dibeli €100 juta, kini sudah 270 tanpa sebarang gol bersama Juventus musim ini.

Juventus menang 1-2 di tempat lawan ke atas Parma, untuk mengekalkan rekod kemenangan 100% musim ini.

Mario Mandzukic meletakkan Juventus di hadapan pada minit ke-2.

Namun Parma menyamakan kedudukan pada minit ke-33 menerusi Gervinho.

Gol kemenangan Juventus dihasilkan oleh Matuidi, 13 minit selepas bersambung babak ke-2.

Pengurus Juventus mengakui Ronaldo kini sedang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan pasukan namun beliau tetap merasakan Ronaldo bermain sangat baik.

Allegri juga tidak risau dengan cuti minggu antarabangsa. Kerana ianya peluang untuk Ronaldo menajamkan lagi aksi beliau bersama Juventus. Allegri berkata:

“Ronaldo sedang berhadapan dengan beberapa cabaran kerana suasana Serie A yang berbeza. Namun keseluruhannya beliau bermain sangat baik.”

“Cuti antarabangsa akan membuatkan beliau lebih tajam selepas ini.”

“Ronaldo adalah pemain terbaik di dunia, beliau mahu menjaringkan gol, tak kira dalam apa jua keadaan.”

“Namun saya harap beliau kekal tenang kerana gol itu pasti akan tiba untuknya.”

Ronaldo melakukan beberapa percubaan dalam perlawanan ini, namun gagal menghasilkan gol.

Parma sebelum ini pernah muflis pada 2015, dan bermain di divisyen ke-4. Mereka memenangi 3 promosi secara berturut-turut untuk kembali semula ke Serie A.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN