Ligue 1: PSG Menang Lagi, Neymar Rai Gol Dengan Troll Balik Penyokong Nimes

Neymar terus menjadi perhatian ramai. Ketika pasukan beliau bertandang ke Nimes, penyokong lawan membentangkan banner troll ke atas beliau.

Banner tersebut ditulis dengan Neymar ‘crybaby’ ataupun Neymar si bayi menangis.

Ianya adalah stereotaip ke atas Neymar yang kerap menunjukkan reaksi melampau apabila dikasari.

Perlawanan kelihatan sukar untuk PSG apabila pasukan tuan rumah bertahan dengan sangat baik pada awal 30 minit pertama.

Namun pada minit ke-36, Neymar menjaringkan gol pembukaan dan beliau berlari ke arah seksyen penyokong Nimes.

Neymar membalas balik troll pada banner itu dengan aksi bayi menangis betul-betul di hadapan banner tersebut.

Aksi Neymar itu telah membuatkan penyokong Nimes semakin marah dengan gelagat beliau dan menghamburkan kata-kata makian. Namun Neymar tetap bertenang.

Neymar mengakui sendiri sebelum ini beliau ada membaca troll orang ramai ke atas beliau. Dan Neymar menjelaskan dia bukan sengaja berguling-guling, sebaliknya ianya kerana beliau benar-benar sakit.

Lebih sukar beliau terpaksa terus berada bersama pasukan fisio dan doktor pasukan untuk lebih 2 jam setiap kali selepas dikasari dalam perlawanan. Sedangkan rakan-rakan beliau yang lain sudah balik ke hotel.

Selepas gol pembukaan Neymar, rakan beliau Angel Di Maria menambah 1 lagi gol.

Yang menariknya, pasukan tuan rumah yang merupakan pendatang baru Ligue 1 musim ini, berjaya bangkit dengan 2 gol menerusi Antonin Bobichon dan Teji Savanier menerusi sepakan penalti.

Namun begitu, Mbappe dan Cavani memastikan kemenangan milik PSG dengan skor 2-4.

Pada masa kecederaan Teji Savanier dan Kylian Mbappe diarahkan keluar padang selepas insiden melibatkan 2 pemain ini.

Savanier melakukan kekasaran ke atas Mbappe dan pemain muda itu membalas dengan menolak Savanier.

https://twitter.com/goal/status/1036006896917000197

Berbalik kepada Neymar, selepas tamat perlawanan beliau memberikan jersi beliau kepada peminat cilik beliau yang menceroboh padang.

Kemenangan ini meneruskan lagi rekod cemerlang PSG musim ini dengan kemenangan 100% dalam misi mereka mempertahankan Ligue 1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN