Gol Zlatan Ibrahimovic menerusi sepakan penalti mencetuskan kebangkitan AC Milan yang ketinggalan 2-0 sebelum menang 4-2 ke atas pendahulu Serie A, Juventus di San Siro pada awal pagi tadi.
Separuh masa pertama yang berlangsung tanpa sebarang gol berubah serta merta pada babak kedua dengan dua gol pertama Juventus yang dijaringkan oleh Adrien Rabiot dan Cristiano Ronaldo.
Kebangkitan Milan bermula dengan sepakan penalti Ibrahimovic pada minit ke-62 menewaskan Wojciech Szczesny selepas semakan VAR mendapati Leonardo Bonucci tertampan bola dengan tangannya di dalam kotak penalti.
WHAT. A. NIGHT!
— AC Milan (@acmilan) July 7, 2020
🔴⚫#MilanJuve #SempreMilan pic.twitter.com/468lzPKbvo
Hanya dua minit selepas itu, Milan terus mencipta kejutan apabila Frank Kessie dan Rafael Leao menyumbat gol pantas hanya dalam tempoh dua minit untuk meletakkan AC Milan mendahului buat kali pertama dalam perlawanan ini.
Kesilapan Alex Sandro yang melintangkan bola ke hadapan gol sendiri membawa padah apabila disambar Giacomo Bonaventura sebelum membuat hantaran kepada Rebic yang menyumbat gol keempat Milan ketika perlawanan berbaki 10 minit.
Kekalahan tersebut tidak menjejaskan kedudukan Juventus selaku pendahulu liga, tetapi mereka terlepas peluang untuk melebarkan jurang perbezaan mata dengan pesaing terdekat, Lazio yang juga tewas mengejut kepada Lecce.
4 – #Milan have scored four Serie A goals against #Juventus for their first time since March 1989 (4-0). Inspired.#MilanJuventus pic.twitter.com/BiKQ3cs5Tq
— OptaPaolo (@OptaPaolo) July 7, 2020
Cristiano Ronaldo menjadi pemain pertama yang mencecah 25 gol dalam saingan Serie A dalam satu musim sejak tahun 1961 yang juga telah menjarngkan gol dalam lima perlawanan berturut-turut.
AC Milan pula telah naik ke tangga kelima selepas meraih tiga mata penuh dan menghidupkan peluang mereka untuk mengejar slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.