Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez masing-masing menjaringkan dua gol bagi membantu Inter Milan menang tipis 4-3 ke atas Sassuolo di Stadium Mapei pada Ahad.
Inter Milan nyaris menjadi mangsa kebangkitan Sassuola pada minit-minit akhir perlawanan selepas satu ketika mereka selesa mendahului pasukan tuan rumah 4-1.
Penyerang Argentina, Lautaro Martinez menyumbat gol pertama Inter seawal minit kedua perlawanan selepas menerima hantaran Marcelo Brozovic sebelum Dominica Berardi menyamakan kedudukan 14 minit kemudian.
What a game! Sassuolo could not complete the comeback! Inter held on for the win!
Full-time
Sassuolo 3-4 Inter Milan
⚽ ⚽ Lautaro Martinez
⚽ Berardi
⚽ Duricic
⚽ ⚽ Lukaku
⚽ Boga#SerieA #SassuoloInter pic.twitter.com/yB1zGSgjC3— Musly (@Futball_Pundit) October 20, 2019
Lukaku Kemudian kembali melegakan Inter dengan rembatan padu menewaskan Andrea Cosigli dan kemudian sekali lagi mencetak gol melalui sepakan penalti sebelum tamat separuh masa pertama.
Martinez menjarakkan lagi kedudukan dengan gol keempat Inter pada minit ke-71 juga hasil sepakan penalti dan beliau terus digantikan dengan Matteo Politano.
Namun tiga minit selepas itu, Sassuolo tidak mengalah dengan jaringan kedua mereka menerusi Filip Duricic dan terus memberi tekanan kepada Inter setelah Jeremie Boga menjadikan kedudukan 4-3 pada minit ke-81.
Anak buah Antonio Conte terus menerima asakan demi asakan dari pasukan tuan rumah sehinggalah wisel penamat dibunyikan dan mereka berjaya membawa pulang tiga mata berharga untuk terus mengejar pendahulu liga, Juventus.
Pitch invader with Class lands in Parachute during Inter Milan can Sassuolo😁😁 pic.twitter.com/Qp4MnJSJON
— Leonel Ritchie™ (@LeonelRitchie) October 20, 2019
“Kami telah melakukan segalanya dengan baik pada separuh masa pertama dan sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol pada separuh masa kedua,” ujar Lukaku kepada DAZN.
“Setelah mendahului 3-1 kemudian 4-1, sepatutnya ia berakhir dengan keputusan itu. Positifnya adalah kami berjaya mencuri tiga mata penuh, tetapi kami perlu bertahan lebih baik.
“Saya gembira dengan keputusan ini tetapi nampaknya saya perlu bekerja lebih keras untuk membantu pasukan sepanjang perlawanan ini. Kemenangan ini amat penting buat pasukan dan kami perlu berusaha keras untuk memperbaiki permainan untuk akan datang.”
Il minuto di silenzio del #MapeiStadium nel ricordo del Patron Squinzi⠀
⠀
🖤💚🖤💚🖤💚🖤💚⠀
⠀#SassuoloInter #ForzaSasol pic.twitter.com/yePnV1Vfx5— U.S. Sassuolo (@SassuoloUS) October 20, 2019
Keputusan ini meletakkan Inter di kedudukan kedua dengan 21 mata, satu mata shaja di belakang juara bertahan Juventus dan empat mata mengatasi Atalanta di tempat ketiga.
Nerazzurri kehilangan rekod kemenangan 100 peratus mereka selepas ditundukkan Juventus sebelum perjalanan liga berehat untuk perlawanan antarabangsa tempoh hari.
Pasukan tuan rumah sebelum perlawanan memberi penghormatan kepada bekas pemilik kelab, Giorgio Squinzi yang meninggal dunia pada awal bulan ini.