SCL2019: NPNG FC Damansara Damai Gah Benam SLB UP FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
NPNG FC Damansara Damai

NPNG FC Damansara Damai bangkit daripada kekalahan minggu lalu selepas berjaya menundukkan SLB UP FC 3-0 pada aksi terakhir minggu keempat Selangor Champions League 2019 (SCL2019) di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Semi finalis musim lalu itu nyata menggunakan kelebihan dibarisi pemain yang berkualiti untuk mendominasi sebahagian besar permainan walaupun SLB UP FC turut berusaha keras memberikan ancaman.

Mohd Haiqal Johari menceriakan kem NPNG FC Damansara Damai selepas pemain muda itu menggunakan kesempatan berikutan kesilapan pertahanan SLB UP FC dalam kawasan penalti untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-14.

SLB UP yang berpangkalan di Sungai Lang Baru terlepas peluang keemasan di minit ke-41 selepas rembatan padu daripada Muhd Syazwan Mohd Basil menggegarkan palang gol.

Berpunca daripada satu lagi kesilapan pertahanan pada minit ke-48, NPNG FC Damansara Damai menggandakan kedudukan menerusi Patrick Asare bagi membolosi kawalan penjaga gol, Muhammad Azim.

Asare menutup perlawanan dengan jaringan kedua peribadi ketika perlawanan berbaki seminit untuk ditamatkan bagi perlawanan berakhir dengan keputusan 3-0.

NPNG FC Damansara Damai kini berada di tangga keempat dengan enam mata manakala SLB UP FC pula menghuni tangga ketujuh selepas mengumpul dua mata hasil dua keputusan seri dan dua kekalahan.

Pemain terbaik perlawanan: Patrick Asare (NPNG FC Damansara Damai FC)

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U