Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol untuk mencatat rekod jaringan baharu ketika membantu Juventus menewaskan Udinese 3-1 di tempat sendiri pada Ahad untuk kembali ke puncak Serie A buat sementara waktu.
Penyerang berusia 34 tahun itu yang berada di prestasi terbaiknya ketika ini telah menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan terakhirnya untuk mengumpul keseluruhan 11 gol dalam 19 penampilan pada musim ini.
Catatan itu membolehkan Ronaldo menjadi satu-satunya pemain di liga utama Eropah yang mencatat jaringan dua angka dalam semua pertandingan untuk 15 musim berturut-turut.
Great victory today with a strong perfomance from the team!💪🏽#forzajuve #finoallafine pic.twitter.com/FPNrXRDITS
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) December 15, 2019
Penyerang Portugal itu menyumbat dua gol pada separuh masa pertama sebelum tandukan Leonardo Bunucci pada penghujung babak pertama melengkapkan tiga gol yang diperoleh Juventus dalam perlawanan berkenaan.
Ignacio Pussetto kemudian mendapat gol saguhati buat pasukan pelawat pada lewat permainan.
“Perkara yang paling penting adalah menang. Inilah cara sepatutnya kami bermain, dengan kayakinan yang tinggi. Persembahan individu bukan yang utama, tetapi semangat dan usaha berpasukan,” kata Ronaldo kepada Sky Italia.
Gianluigi Buffon diturunkan dalam perlawanan ini untuk menyamai penampilan terbanyak yang dipegang Alessandro Del Piero yang memegang rekod 478 penampilan dalam Serie A.
478 – Gianluigi Buffon reach today Alessandro Del Piero as the most present player in the history of Serie A with Juventus. Symbol. pic.twitter.com/xHLfAANJgw
— OptaPaolo (@OptaPaolo) December 15, 2019
Maurizio Sarri pula membuat sedikit pembaharuan dengan menurunkan tiga penyerang iaitu Ronaldo, Paulo Dybala dan Gonzalo Higuain bagi membentuk rangkaian serangan bertiga. Di bahagian pertahanan pula, Matthijs de Ligt diketepikan dan Merih Demiral menjadi pilihan untuk digandingkan dengan Leonardo Bonucci.
Percaturan itu ternyata membuahkan hasil apabila gol pertama Ronaldo seawal minit kesembilan direncanakan oleh Dybala yang sepakannnya terbias dan disambar Ronaldo yang merembat kencang menewaskan Juan Musso.
Gol kedua pula adalah hasil lorongan Higuain yang disudahkan dengan cemerlang oleh Ronaldo. Gol ketiga pula bermula dengan sepakan penjuru yang ditanduk lambung Demiral sebelum ditanduk masuk oleh Bonucci.
The 🔝 📸's from a 🔝 performance 👉 https://t.co/RGofaFRP2y#JuveUdinese #ForzaJuve pic.twitter.com/Jg2Jmy8meM
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) December 15, 2019
Juventus meratapi kekalahan pertama mereka dalam saingan liga pada musim ini kepada Lazio pada minggu lepas dan terlepas takhta liga kepada Inter Milan. Namun juara bertahan itu kembali memberikan tekanan kepada skuad kendalian Antonio Conte itu yang bermain lebih lewat pada Ahad.
Juventus kini mempunyai 39 mata sementara Udinese terjelopok di zon penyingkiran di tempat ke-17 dengan hanya 15 mata.