Sergio Ramos Pertimbang Tinggalkan Los Blancos Kerana Sudah Tawar Hati

Masa hadapan Sergio Ramos bersama Real Madrid kini samar selepas kapten Los Blancos itu dikatakan serius mempertimbangkan kedudukan beliau di Estadio Santiago Bernabeu.

Real Madrid melalui musim yang serba tidak menjadi sepanjang kempen musim 2018/19, dan ini membuatkan kapten pasukan kebangsaan Sepanyol ini untuk menyemak kembali kedudukan beliau bersama pasukan itu.

Ramos
(Photo by David Ramos – FIFA/FIFA via Getty Images)

Dua laporan dari Sepanyol, masing-masing dari El Chringuito dan MARCA mengesahkan pemain itu kini sedang melihat kepada pilihan yang ada – untuk perpindahan ke kelab eropah lain.

Manchester United & PSG

Kesukaran untuk mendapatkan pemain pertahanan Ajax, Matthijs de Ligt menyebabkan Manchester United dikaitkan dengan pemain pertahanan tengah ini. Paris Saint-Germain juga dikatakan memantau situasi semasa Ramos.

Kedua-dua kelab adalah antara kelab yang pernah menunjukkan minat untuk mendapatkan Ramos dari Real Madrid sebelum ini.

AMSTERDAM, NETHERLANDS – FEBRUARY 13: (L-R) Dusan Tadic of Ajax, Sergio Ramos of Real Madrid during the UEFA Champions League match between Ajax v Real Madrid at the Johan Cruijff Arena on February 13, 2019 in Amsterdam Netherlands (Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)

Jika dahulu ianya dianggap mustahil, keadaan mungkin sudah berubah pada hari ini. Pihak pengurusan Real Madrid bagaimanapun dikatakan belum menerima sebarang makluman dari Ramos sendiri mengenai hal ini.

Tawar hati

Kekalahan kepada Ajax di pertandingan UEFA Champions League (UCL) yang menimbulkan ketegangan di bilik persalinan Real Madrid dikatakan antara yang menjadi punca mengapa Ramos tawar hati untuk terus kekal di Santiago Bernabeu.

Ramos sudah tidak beraksi sejak tujuh perlawanan lalu untuk Real Madrid akibat kecederaan, dan kini sudah berada di luar Sepanyol. Beliau dilaporkan hanya akan kembali sekiranya mendapat panggilan untuk tugasan antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN