Real Madrid Bengang Dengan Lawak ‘Tak Bertempat’ Pochettino

Komen berbaur jenaka yang cuba dilakukan oleh pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino dalam satu sidang media menjelang perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) pada awal bulan hadapan jelas sekali tidak disenangi oleh Real Madrid.

Ia ternyata diambil terlalu serius oleh Real Madrid sehingga mengundang kenyataan rasmi dari kelab itu untuk membalas ‘jenaka’ pengurus dari Argentina itu.

Pinjam fasiliti Real Madrid

Pochettino pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Santiago Bernabeu sebelum ini sedang berbicara mengenai persiapan terakhir pasukannya untuk berhadapan Liverpool di Stadium Wanda Metropolitano pada 2 Jun hadapan.

“Menjelang perlawanan akhir itu kami akan mengadakan latihan di Valdebebas [pusat latihan Ciudad Real Madrid] dan akan menginap di hotel berdekatan,” ujar Pochettino kepada El Partidazo de Cope.

(Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Namun demikian komen Pochettino tidak berhenti di situ sahaja. Mungkin dengan niat untuk berseloroh kepada pengacara stesen Radio Sepanyo itu, beliau berkata:

“Saya bertanya kepada Florentino [Perez] – Presiden Real Madrid – untuk kebenaran tidur di pusat latihan itu, tetapi beliau berkata saya hanya boleh berbuat demikian sekiranya saya adalah jurulatih Real Madrid.”

Real Madrid tersingung

Real Madrid yang melantik Zinedine Zidane sebagai pengurus baru mereka pada Mac lalu bagaimanapun melahirkan ‘rasa terkejut’ dengan ‘permintaan tambahan’ oleh Pochettino terhadap fasiliti mereka di pusat latihan tersebut.

Melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan, Real Madrid menjelaskan:

“Pihak kami mahu menjelaskan apa yang dipohon [kemudahan penginapan] itu tidak benar dan tidak pernah dilakukan,”

Real Madrid juga berkata mereka sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan UEFA, Spurs atau pun Liverpool sekiranya diminta, dan permohonan sebelum ini hanyalah untuk pusat latihan dan juga bilik persalinan.”

Tottenham akan mula berlatih menggunakan fasiliti Real Madrid pada 30 dan 31 Mei, manakala Liverpool memohon untuk menggunakannya pada pagi 1 Jun.

“Kami menegaskan kelab ini tidak pernah menolak permohonan untuk kelab-kelab ini untuk menggunakan kemudahan di Real Madrid,” tambah kenyataan tersebut.

Masa depan Pochettino

Masa depan Pochettino sendiri bersama Spurs sebenarnya masih samar selepas sebelum ini pernah berkata akan meninggalkan kelab tersebut sekianya mereka menjuarai UCL.

Beliau juga pernah berkata ia adalah tindakan yang ‘bodoh’ sekiranya terus kekal, tanpa pihak kelab melakukan perubahan dari segi pelaburan pemain. Spurs tidak aktif di pasaran pemain sejak 31 Januari 2018.

Pochettino
(Photo by Maja Hitij/Bongarts/Getty Images)

Tetapi beliau juga berkata kepada rancangan radio di Sepanyol itu: “Saya tidak akan membuat sebarang keputusan mengenai masa depan sehingga selepas perlawanan akhir. Ia amat penting untuk mengetahui terlebih dahulu apaperancangan kelab.

“Real Madrid? Saya tidak mempunya objektif lain selain daripada untuk melatih Tottenham buat masa ini; bola sepak akan membawa ke mana anda selayaknya pergi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN