Sergio Ramos Pakar Jaringan Pada Minit Ke-90 Dan Masa Kecederaan

Sergio Ramos pakar menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan. Ia dibuktikan sekali lagi dalam perlawanan La Liga menentang Deportivo La Coruna.

1. Real Madrid 3 Deportivo La Coruna 2 – La Liga – 11 Disember 2016

Ia sangat manis dalam pada Real Madrid meraikan rekod baru kelab mereka dengan 35 perlawanan tanpa kalah. Ia adalah rekod tanpa kalah paling panjang dalam sejarah kelab mereka.

Alvaro Morata membuka tirai jaringan pada minit ke-50. Joselu kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-63. 2 minit selepas itu Joselu meletakkan Deportivo di hadapan.

Mariano Diaz menyamakan kedudukan untuk Real Madrid pada minit ke-84. Pada tambahan masa, Sergio Ramos memastikan Real Madrid mendapat 3 mata penuh dalam perlawanan.

Beliau menanduk masuk bola hasil daripada sepakan penjuru Toni Kroos.

Selain daripada jaringan dramatik pada masa kecederaan dalam perlawanan ini, berikut antara 3 jaringan pada masa kecederaan oleh Sergio Ramos pada minit ke-90 dan juga masa kecederaan.

2. Barcelona 1 Real Madrid 1 – La Liga – 3 Disember 2016

Jaringan Minit Ke-90

Pada 3 Disember lalu, beliau menjadi hero yang berjaya membantu Real Madrid daripada kalah dalam el-clasico pertama musim ini.

Sergio Ramos menanduk masuk sepakan percuma Luka Modric pada minit akhir perlawanan.

https://streamable.com/h870

Selain itu, jaringan itu juga meneruskan rekod tanpa kalah Real Madrid kepada 33 perlawanan menyamai pencapaian Carlo Ancelotti. Ia hampir dibunuh oleh jaringan Luis Suarez pada separuh masa pertama.

Jaringan itu juga mengekalkan Real Madrid dengan kelebihan 6 mata di atas Barcelona yang berada di tanga kedua liga.

3. Real Madrid 3 Sevilla 2 – Final Piala Super UEFA 2016 – 9 Ogos 2016

Gol Penyamaan Minit ke-90+3

Real Madrid ketinggalan 1-2. Perlawanan masuk ke masa kecederaan. Mereka awalnya mendahului menerusi Marco Asensio pada minit ke-21.

Namun Sevilla di hadapan selepas jaringan Franco Vazquez (minit ke-41) dan jaringan penalti Konoplyanka pada minit ke-71.

Di kala penyokong Sevilla bersedia meraikan kejuaraan mereka dalam baki seminit masa kecederaan yang diberikan. Lucas Vazquez menghantar bola silang ke dalam kotak penalti dan ia disudahkan oleh Sergio Ramos.

Perlawanan diheret ‘Ramos’ ke masa tambahan dan Real Madrid menang menerusi jaringan Dani Carvajal pada minit ke-119.

4. Real Madrid 1 Atletico Madrid 1 (Real Menang 4-1 selepas masa tambahan 30 minit) – Final UCL 2014 – 22 May 2014

Jaringan Tandukan Masa Kecederaan minit ke-90+3

Atletico Madrid mendahului pada minit ke-61 menerusi Diego Godin. Atletico sangat hampir untuk menjulang kejuaraan UCL pertama mereka dalam sejarah.

Pada masa tambahan 30 minit, Real Madrid menjaringkan 3 gol dan menang 4-1 dalam final tersebut. Tanpa jaringan Ramos, mustahil UCL ke-10 berjaya dibawa pulang ke Bernabeu.

Banyak lagi aksi heroic kapten Ramos dalam menyelamatkan pasukan beliau. Ini hanyalah rangkuman beberapa jaringan yang dilakukan pada minit ke-90 dan masa kecederaan.

Baca juga : Kenapa Pasukan Di Liga Australia Terlalu Sedikit?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN