Previu EPL 2016/17Manchester United vs Spurs : Old Trafford Gelanggang Tidak Digemari Spurs

Perlawanan di antara Manchester United dan Tottenham Hotspurs sudah pasti menjadi tumpuan semua pada malam ini.

Prestasi Semasa

Manchester United dan Tottenham Hotspurs agak tidak konsisten dalam EPL pada 6 perlawanan terakhir mereka. Walaubagaimanapun, Spurs membelasah Swansea dalam perlawanan terakhir EPL mereka dengan jaringan 5-0.

Agak malang untuk skuad Jose Mourinho yang gagal mencuri 3 mata daripada Everton sebelum ini selepas seri 1-1.

Dari segi graf prestasi di EPL, ia agak berpihak kepada Spurs selepas United seri dalam 3 perlawanan terakhir mereka.

Rekod Pertemuan

Manchester United sentiasa unggul dalam perlawanan ini. Kedua-dua pasukan telah bertemu 184 kali dalam sejarah mereka.

Manchester United menang 87 perlawanan. Manakala Spurs hanya menang 49 kali. 48 perlawanan lagi adalah seri.

Dalam 6 pertemuan terakhir mereka pula, kedua-dua pasukan agak setara dengan masing masing menang 2 kali dan seri 2 kali. Masing masing turut menjaringkan 7 gol dalam tempoh tersebut.

Taktikal Manchester United

Manchester United kelihatan semakin stabil dengan 4-2-3-1. Sebelum ini mereka banyak mencuba 4-3-3 dan juga 4-4-1-1.

Kekuatan mereka lebih kepada duel. Pasukan ini memiliki kuasa duel yang sangat baik. Namun lawan mereka pada hari ini juga memiliki kekuatan yang hampir sama.

Seterusnya adalah kreativiti yang semakin baik. Mungkin dalam beberapa perlawanan EPL mereka sepatutnya mendapat lebih banyak gol.

Kelemahan mereka buat masa ini lebih kepada fokus di dalam perlawanan. Manchester United akan bermain dengan baik sekiranya menjaringkan gol pertama dan kedua dengan segera.

Jika ketinggalan, pasukan ini mudah hilang fokus. Adakah ia akan diperbaiki pada kali ini?

Seterusnya adalah isu mobiliti dan work rate pasukan ini yang masih agak sederhana. Sumber opta mendedahkan

  • Manchester United hanya mencatatkan distance coverage sepanjang 1490.6km, paling rendah di antara 20 pasukan EPL setakat ini.

Taktikal Tottenham Hotspurs

Mereka ada 3 formasi yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Pertamanya 4-2-3-1, kemudian 3-4-1-2 dan yang ketiga adalah 4-4-1-1.

Kekuatan pasukan ini terletak pada kepantasan mereka dalam perlawanan. Spurs adalah pasukan yang menggemari bola sepak bertekanan tinggi (high pressing).

Kelemahan pasukan ini adalah mungkin lebih kepada kesilapan individu ketika bertahan. Mereka kerap melepaskan bola yang mengundang bahaya di kawasan sendiri.

Tidak lupa juga mentaliti pemain mereka ketika bermain dengan lawan seperti Manchester United. Mereka kerap menjadi pasukan yang berbeza karakter dalam perlawanan besar.

Isu ini seakan-akan semakin diperbaiki dalam beberapa musim kebelakangan ini, namun simptom itu tetap muncul pada waktu-waktu tertentu.

Pemain Tumpuan

Henrik Mkhitaryan (Manchester United)

Tidak pasti sama ada beliau akan diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam perlawanan ini. Ini kerana Jose Mourinho berkata sebelum ini, pemain ini masih perlu belajar untuk mengadaptasi bola sepak Inggeris.

Pandangan kami, Henrik Mkhitaryan adalah pemain yang berhak untuk berada dalam kesebelasan utama mereka selepas aksi cemerlang beliau dalam Liga Europa dan beberapa perlawanan sebelum itu.

Beliau memperbaiki isu kepantasan dan kualiti sebagai penjaring gol tambahan.

Hugo Lloris (Tottenham Hotspurs)

Spurs memiliki unit yang berkapabiliti untuk menjaringkan gol. Namun untuk mempertahankannya, itu yang sentiasa menjadi isu sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini.

Hugo Lloris antara penjaga gol berpengaruh di EPL. Beliau juga berpotensi untuk menjadi pengubah nasib pasukan seperti mana yang kerap dilakukan Davi De Gea.

Namun berita gembira sudah pastilah melihat kepulangan Toby Alderweireld ke dalam pasukan.

Fakta Opta

  • Manchester United hanya menang 2 daripada 8 perlawanan EPL terakhir menentang Spurs (Seri 3, Kalah 3)
  • Untuk Spurs pula, Old Trafford adalah gelanggang lawan yang paling banyak mereka kalah dalam EPL (Kalah 19, Menang 2, Seri 3)
  • Gawang Spurs adalah salah satu daripada 7 pasukan yang Wayne Rooney robek lebih daripada 10 kali.
  • Harry Kane masih belum menjaringkan gol ke atas Manchester United dalam EPL
  • Purata umur untuk kesebelasan utama Spurs musim ini setakat ini adalah 25 tahun, 238 hari. Ia adalah yang paling muda
  • Zlatan Ibrahimovic telah menjaringkan 71 gol daripada 70 perlawanan liga (termasuk Ligue 1 dan EPL) sejak 2012/13.
  • Zlatan juga sangat sukakan Disember. Daripada 34 penampilan liga (Premier League, Serie A, La Liga dan Ligue 1) ,beliau menjaringkan 34 gol setakat ini. Purata 1 gol 1 perlawanan liga pada Disember.

Siapa Akan Menang?

Perlawanan ini sangat mustahak untuk kedua-dua pasukan merapatkan kedudukan dengan pasukan di ranking lebih tinggi dalam liga.

Spurs akan memintas City untuk menghuni tangga ke-4 jika menang. United pula akan merapatkan kedudukan dengan defisit 3 mata sahaja dari Spurs jika mereka menang.

Baca juga : Sergio Ramos Pakar Jaringan Pada Minit Ke-90 Dan Masa Kecederaan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN