Pemain tengah Barcelona, Sergio Busquet menyatakan bahawa Sergio Ramos dan Pique tidak pernah ada masalah di kem kebangsaan.
Duo bek tengah ini telah bergandingan bersama dalam tempoh yang sangat lama untuk pasukan Sepanyol.
Kedua-dua pemain ini seringkali bertelagah di dalam padang serta sindir-menyindir di luar padang dan dalam media sosial.
Terutama sekali ketika el-classico.
Mereka berdualah, antara yang seringkali mempertikaikan keputusan pengadil ketika el-classico dan kadangkala berperang mulut di dalam padang.
Baru-baru ini Ramos telah memberikan komen pedas menyindir kebangkitan Barcelona ke atas PSG sebagai peristiwa bersejarah dalam banyak perkara.
Ramos memberikan komen sinikal ke atas kelab Catalan tersebut yang bangkit kerana 2 penalti kontroversi.
Namun apabila berada di dalam pasukan kebangsaan, 2 pemain ini antara yang paling rapat besama. Busquet berkata:
“Perkara sebegitu sudah biasa di dalam bola sepak. Ia sebahagian daripada perseteruan. Namun ia tidak pernah dibawa ke pasukan kebangsaan.”
“Permusuhan itu adalah segala-galanya namun mereka masih tetap menghormati antara satu sama lain.”
“Kadangkala ada juga yang melampaui batas kerana mahu rosakkan mood seteru abadi anda supaya tidak terasa hebat sangat.”
“Itu sebahagian daripada permusuhan di antara 2 kelab ini.”
“Biarlah mereka berdua nak cakap apa. Yang pasti orang macam saya tidak akan cuba masuk ke dalam ‘perperangan’ itu.”
Sebelum ini Ramos menyatakan dia tidak sabar-sabar untuk memeluk Gerard Pique di kem latihan Sepanyol dalam rangka persiapan pasukan mereka menentang Israel.
Busquet menambah lagi:
“Mereka sudah lama bersama di dalam skuad kebangsaan. Atmosfera Ramos dan Pique adalah bagus.”
“Suasana di sini sangat baik. Di sini, Sergio Ramos adalah kapten kami dan lebih berkuasa, di Barca Pique pula adalah pemimpin kami.”
Baca juga: Isu Gaji Pemain, Calon Presiden FAM Janji Suntik RM2 Juta Pagi Ini Untuk Bantu KAFA