Ivan Zamorano:”Kalau Messi Orang Chile, Kiri Kanan Monumen Beliau.”

Lagenda Chile, Ivan Zamorao berkata, sekiranya Lionel Messi orang Chile, sudah pasti kiri kanan ada monumen beliau.

Beliau bercakap di dalam radio Super Deportivo menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di antara Chile dan Argentina.

Ini kerana orang Chile sangat meminati Lionel Messi. Messi sangat bernilai di mata orang Chile. Zamorano berkata:

“Jika Messi orang Chile, banyak monumen beliau dibina di seluruh negara. Beliau mungkin akan letih mendengar penghormatan (tribute) di sana sini.”

“Di Chile, Lionel Messi sangat bernilai di mata orang di sini.”

Ivan Zamorano seakan-akan menyindir layanan penyokong Argentina yang kerap mempersoalkan kehebatan Messi di dalam kem kebangsaan.

Lionel Messi pemenang 5 Ballon d’Or serta dianggap antara pemain bola sepak terbaik dalam sejarah sukan ini.

Sehinggakan satu ketika Messi pernah mengumumkan persaraan. Pada ketika itu, barulah ramai penyokong lebih menghargai beliau.

Zamorano menambah lagi:

“Messi di Barcelona dan Messi di Argentina adalah 2 pemain yang berbeza.”

“Di Barca dia ada Neymar di sebelah dia dan di sebelah lagi ada Luis Suarez. Dia toleh ke belakang pula ada Iniesta dan Sergio Busuqet.”

“Sebab itu, anda harus melihat dalam kerangka lebih luas. Saya rasa beliau ada nilai yang sangat tinggi di dunia.”

“Kita harus menilai usaha yang telah dilakukan Lionel Messi.”

“Ini kerana beliau masih komited untuk skuad kebangsaan walaupun bermain 70% sehingga 80% daripada jadual perlawanan dalam setahun.”

Lionel Messi dan Argentina berada di tangga ke-5 dalam pusingan kelayakan ke Piala Dunia Russia. Manakala Chile pula berada di tangga ke-4.

Baca juga: Roy Hodgson Tak Tahan Lagi, Akhirnya Buka Mulut Isu Kane Ambil Sepakan Penjuru

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN