Rekrut baharu Barcelona, Sergino Dest mengakui bahawa beliau tidak memahami sebarang arahan yang diberikan oleh Lionel Messi pada penampilan sulungnya dalam saingan La Liga 2020/21 tempoh hari.
Dest yang merupakan pemain skuad kebangsaan Amerika Syarikat dimasukkan pada minit ke-75 bagi menggantikan Jordi Alba ketika perlawanan bertemu Sevilla di Nou Camp.
Menegaskan aksi tersebut merupakan permulaan baik buatnya menyarung jersi The Blaugrana dan sesuatu yang istimewa dapat beraksi bersama Lionel Messi, pemain berusia 19 tahun itu melihat perbezaan bahasa menjadi masalah pada ketika ini.
”Hari ini saya melihat semua orang, begitu juga dengan Messi,” ujar Dest menurut laporan dikeluarkan Goal.
”Messi tidak bercakap dalam bahasa Inggeris, tetapi ia merupakan sesuatu yang sangat istimewa saya dapat berjumpa dengannya.”
”Sekiranya saya bercakap jujur, saya tidak mengetahui [memahami] apa yang dia beritahu kepada saya, tetapi kami berdua senyum sesama sendiri.”
”Jadi, segala-galanya mesti akan berada dalam keadaan yang baik, benar?” tambah Dest lagi.
Dalam perkembangan lain, Dest mendedahkan keputusannya dalam menolak tawaran juara Eropah, Bayern Munich untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol itu adalah itu merupakan impiannya.
”Saya memilih Barcelona kerana saya sentiasa mengimpikan untuk bermain untuk Barcelona.”
”Ronaldinho merupakan idola saya dan seorang legenda di kelab ini. Apabila saya mengetahui tentang minat ditunjukkan Barca, saya tidak perlu untuk memikirkan sebanyak dua kali [menerima tawaran].”
Kredit featured image: David Ramos/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Sergino Dest dan Barcelona: