Pemain Bayern Munich, Serge Gnabry mengatakan amatlah sukar untuk pasukan Bayern Munich tidak mempunyai pemain seperti Thomas Muller.
Menurut beliau, beliau tidak dapat bayangkan seandainya Bayern Munich dan Thomas Muller tidak lagi bersama.
“Sukar untuk kita bayangkan, pemain seperti Thomas Muller yang sudah bersama dengan Bayern Munich sejak dari zaman kanak-kanak lagi.”
Gnabry berkata demikian selepas ditanya pihak media mengenai situasi pemain tersebut yang kini sedang bergolak dengan kelabnya itu.
Pada pandangan Gnabry, untuk seseorang pemain itu berasa tidak puas hati apabila tidak diturunkan adalah satu perasaan yang normal.
Beliau berharap perkara yang menjadi tumpuan itu tidak lagi dibesar-besarkan oleh pihak media.
“Pihak media seharusnya menghormati beliau dengan tidak menanyakan soalan yang mengarut atau menyebarkan berita negatif mengenai dirinya.”
“Beliau merupakan seorang pemain yang cukup berkualiti dan telah memenangi semua piala dalam kariernya.”