Sudden Cardiac Arrest, Maksud & Cara Mengelak Dari Menghadapinya

Sudden Cardiac Arrest (SCA) adalah suatu keadaan dimana jantung seseorang tiba-tiba berhenti.

Harus difahami ia bukanlah serangan jantung jenis sumbatan atau blockage. SCA ialah dimana detak elektrik jantung tidak berfungsi dan membuatkan jantung berhenti mengepam darah keseluruh badan dan boleh menyebabkan kematian.

Dalam bolasepak, sudah banyak kes seperti ini berlaku. Kita dapat melihat pemain bola yang berada dalam keadaan sihat tiba-tiba tumbang didalam padang tanpa asakan yang membahayakan.

Vivian Foe – Cameroon

Mendiang Foe yang ketika itu mewakili negaranya Cameroon dalam kejohanan Piala Konfiderasi FIFA 2003.

Pada perlawanan menentang Colombia di separuh akhir, Foe tiba-tiba tumbang dan tidak sedarkan diri pada minit ke 72.

Setelah beberapa cubaan selama 45 minit untuk menyelamatkan beliau,akhirnya beliau diisytiharkan meninggal dunia.

Miklos Feher – Benfica 

Ketika mewakili kelabnya Benfica,beliau tiba-tiba tumbang sejurus dilayangkan kad kuning oleh pengadil. Beliau juga disahkan meninggal dunia akibat SCA.

Sebenarnya banyak lagi kes pemain bolasepak meninggal dunia diatas padang akibat dari Sudden Cardiac Arrest ini. Saya secara peribadi sendiri pernah mendengar 2 kes kematian yang berlaku didalam liga amatur sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Ada tak mangsa serangan SCA berjaya diselamatkan?

Ada, ia melibatkan Fabrice Muamba.

Pada bulan Mac 2012 ketika perlawanan Bolton dan Tottenham Hotspur, Muamba tiba-tiba tumbang pada minit ke 78.

Pasukan medik bergegas masuk kedalam padang dan mencuba selama 15 minit untuk menyelamatkan beliau.
Keajaiban berlaku selepas itu. Selepas ‘mati’ selama beberapa minit, jantung beliau berdegup semula dan terus dihantar ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.
Beliau akhirnya bersara dari dunia bolasepak pada usia yang muda. Tidak dapat dipastikan samada itu adalah nasihat dari doktor atau kemahuan beliau sendiri.

Ada cara untuk elak dari terkena serangan SCA ini?

Sebenarnya tiada cara yang khusus bagaiamana untuk mengelakkan dari serangan SCA ini.

Namun ada cara asas untuk memastikan jantung kita berada dalam keadaan yang benar-benar sihat untuk melakukan aktiviti sukan:

Pertama adalah ketahui kemampuan anda.

Sekiranya anda belum cergas sepenuhnya, jangan memaksa diri anda dari melakukan lebih dari tahap kecergasan anda.

Jika jantung anda sudah menampung kerja yang berlebihan,risiko untuk jantung anda berhenti secara tiba-tiba adalah tinggi.

Kedua adalah melakukan sesi memanaskan badan.

Ini untuk memastikan jantung anda benar-benar bersedia untuk mengepam lebih laju.

Sekiranya membuat larian-larian laju dengan mendadak,kemungkinan jantung anda berada dalam situasi mengejut tinggi, dan boleh menyebabkan anda diserang Sudden Cardiac Arrest.

Apakah persediaan yang boleh dilakukan oleh kelab amatur sekiranya menghadapi situasi ini?

Jika boleh setiap kelab amatur harus melantik seorang pengurus dikalangan mereka.

Hal ini kerana fungsi pengurus pula adalah untuk memastikan dimanakah hospital terdekat dengan lokasi pasukan bermain.

Dan jika berlaku kes seperti SCA, maka lebih mudah untuk menghantar ke hospital.

Harus diingat, setiap saat adalah bernilai pada saat kritikal seperti SCA.

Selain itu, setiap pemain harus mempunyai sedikit pengetahuan tentang pertolongan cemas.

Sekiranya berlaku kes SCA, maka bantuan CPR harus dijalankan serta merta bagi membantu jantung yang terhenti untuk mengepam darah.

Hal ini kerana kelab amatur pastilah tidak mempunyai alatan yang cukup untuk berdepan situasi ini. Mungkin dengan sedikit pengetahuan dapat membantu.

Kekal sihat dan terus bermain bola sepak!

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh FC Wagadugu. Sekiranya anda berminat untuk menulis artikel dan dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia. Hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Baca juga: Perang Banner, Wenger Memberikan Respon Dan Akan Buat Keputusan Dalam Masa Terdekat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN