David Beckham antara pemain terbaru yang tampil menyelar dan mengutuk sekeras-kerasnya skandal serangan seskual ke atas pemain – pemain muda Inggeris.
Kepada yang tidak tahu akan skandal yang dimaksudkan. Pada akhir 2016, beberapa pemain tampil membongkar kes skandal serangan seksual ke atas pemain bola sepak dari sekitar 1970-an dan 1980-an.
Anda boleh baca di sini.
Akhbar The Gurdian mendedahkan perangan iblis bekas staf kejurulatihan dan scouting Manchester City dan Crewe Alexandra, Barry Bennell.
Benell kini berhadapan dengan pertuduhan beberapa siri gangguan seksual kepada pemain bawah umur di Amerika Syarikat dan England.
Gangguan seksual ke atas pemain bawah umut itu meyebabkan ramai pemain berhadapan masalah tekanan mental yang kronik. Ada yang hampir membunuh diri.
Ada juga yang mulai ketagih alkohol dan mengambil dadah untuk menghilangkan tekanan. Ramai pemain yang mengambil keputusan bersara awal kerana tekanan mental dan fizikal.
Bercakap kepada BBC, Beckham berkata:
“Apa yang berlaku ini sangat memalukan dan kita perlu melakukan sesuatu. Walaupun serangan seksual ke atas pemain ini tidak pernah berlaku ketika saya di Manchester United tetapi ada lagi perkara yang memberikan impak yang sama.”
“Masalah itu adalah buli yang saya sifatkan sebagai kesalahan oleh profesional. Misalnya, kalau kita mahu lalu di hadapan mereka, kita dipaksa melakukan tarian kelakar.”
“Ia adalah penghinaan. Malangnya kita tidak pernah menganggap ia satu salah laku. Sudah tiba masanya kita mengambil teladan daripada apa yang telah berlaku.”
“Saya percaya FA England sedang melakukan apa yang termampu untuk masalah ini. Semakin ramai pemain dan bekas pemain profesional yang tampil semakin banyak ia membantu kita menangani isu ini.”
“Saya bersama-sama dengan kelab-kelab bola sepak, dengan ini mengisytiharkan kami bersama dengan mereka dalam menangani isu serangan seksual ke atas pemain ini.”
Baca juga: 11 Pemain Bola Sepak Malaysia Berbangsa Cina Yang Bertaraf Lagenda