Previu Separuh Akhir Ke-2 Piala FA 2017: Suzuki & Simic Perlu Gempur Afif & Jae-won

Ketinggalan 0-1 kepada gergasi Liga Super, Negeri Sembilan memerlukan lebih daripada sekadar aura Paroi dan semangat tepukan Viking untuk mara ke final Piala FA 2017 nanti.

Gol sendiri pertahanan Negeri Sembilan, Anas Rahmat (sesetengah penyokong Pahang mendakwa gol itu milik Ashari Shamsudin) memisahkan kedua-dua pasukan. Tetapi ia jauh belum selesai.

Meskipun berstatus Liga Premier, Negeri Sembilan boleh dikatakan setaraf kualitinya dengan pasukan Liga Super seperti Pahang.

Prestasi semasa

Seperti Kedah dan Terengganu (dua peserta separuh akhir lain), Negeri Sembilan dan Pahang juga bergelut dengan prestasi. Masing-masing baru menjaringkan 1 gol daripada 5 perlawanan terakhir mereka.

Barangkali mereka sudah terasa dengan kesan bermain 6 perlawanan dalam 4 minggu. Atau mungkin, inilah keajaiban Piala FA mengikut kata sang romantis Piala FA.

Negeri Sembilan paling terasa apabila pemain terbaik Liga Perdana PFAM-asiana.my edisi Februari 2017 mereka, Bruno Suzuki gagal menjaringkan gol dalam 4 perlawanan terakhir.

Photo by Dzulfadlil Azim / www.asiana.my

Kecederaan mungkin menganggu momentumnya. Tetapi selain Bruno (dan Marko Simic), siapa lagi yang boleh menjaringkan gol untuk Negeri Sembilan?

Pahang juga mempunyai sebab untuk risau dalam kunjungan ke Paroi ini.

Barisan pertahanan mereka yang poros benar-benar memeningkan kepala penyokong Tok Gajah. Persembahan Afif Amiruddin dan Heo Jae-won ketika kekalahan 2-3 menentang Kelantan paling mendapat perhatian.

Photo by Zulkifly Abdul Hamid / www.asiana.my

Ramai penyokong Pahang yang mendesak gandingan pertahanan ini dirombak. Tetapi Dollah Salleh adalah individu terakhir sekali yang anda harapkan untuk membuat perubahan drastik. Beliau gemarkan kestabilan. Dan kualiti itulah yang membuatkan pemain suka kepadanya.

Tetapi adakah pendekatan ‘kebapaan’ Dollah Salleh kepada pemain Pahang akan dibalas dengan persembahan defensif yang cemerlang atau tidak, itu soal lain.

Rekod pertemuan

Dalam pertemuan di Kuantan, Pahang menang 1-0 hasil jaringan sendiri pertahanan Negeri Sembilan, Anas Rahmat pada minit ke-81. Ia adalah kemenangan ke-5 berturut-turut Pahang ke atas Negeri Sembilan sejak Januari 2013.

Fakta perlawanan

  • Kali terakhir Negeri Sembilan menang menentang Pahang adalah 6 tahun lepas, ketika aksi Liga Super 2011
  • Tetapi Negeri Sembilan masih kebal tanpa kalah sepanjang 2017. Daripada 8 perlawanan di Paroi setakat ini, mereka menang 7 dan seri sekali
  • Pahang belum pernah gagal menjaringkan sepanjang musim 2017. Mereka telah menjaringkan 29 gol dalam Liga Super, 1 gol lebih banyak daripada JDT
  • Kedua-dua Negeri Sembilan dan Pahang pernah bergelar juara Piala FA sebanyak 2 kali

Sebelum wisel

Kebergantungan Negeri Sembilan kepada tenaga import mereka untuk menjaringkan gol boleh menjadi kelebihan dan kekurangan mereka dalam pertemuan menentang Pahang esok.

Kelebihannya, ia membuatkan chemistry permainan Negeri Sembilan bertambah kukuh. Pemain tempatan tahu tugas mereka sebagai tugas pembantu. Pemain import pula tahu tugas mereka sebagai pengemudi pasukan.

Tetapi kekurangannya, Pahang akan tahu pemain mana yang perlu diberikan perhatian istimewa.

Calon yang jelas adalah Marko Simic dan Bruno Suzuki di bahagian serangan (tugas Afif Amiruddin dan Heo Jae-won), Lee Tuck dan Nemanja Vidic di bahagian tengah (tugas Ahmad Syamim dan Azam Azih).

Jadi adalah amat penting bagi Suzuki dan Simic untuk mengkaji cara permainan Afif dan Jae-won. Dan sebaliknya. Pasangan yang berjaya bakal membawa pasukan masing-masing ke final.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN