Previu Separuh Akhir Ke-2 Piala FA 2017: Midfield Terengganu Perlu Sekat Liridon

Terengganu bakal menerima kunjungan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dalam perlawanan separuh akhir ke-2 Piala FA 2017 malam esok.

Selepas dilihat mampu menyaingi Kedah di Alor Setar sebelum gol Farhan Roslan mencipta jurang antara kedua-dua pasukan, Terengganu pastinya bersemangat. Kepulangan 2 pemain tengah mereka yang terlepas aksi separuh akhir pertama dijangka menjadi penentu malam esok.

Prestasi semasa

Kedua-dua pasukan bergelut dengan prestasi ketika ini. Kedah hanya menang sekali dalam 6 perlawanan terakhir mereka. Terengganu juga tak jauh bezanya – menang sekali dalam 5 perlawanan terakhir.

Kedah mungkin menyalahkan pemergian Tan Cheng Hoe, penggantungan Liridon Krasniqi, Rizal Ghazali dan kecederaan Abdul Halim Saari sebagai punca penurunan prestasi mereka.

Tetapi skuad mereka masih cukup besar untuk menampung kekurangan tersebut. Penurunan prestasi Khairul Helmi Johari (gambar bawah) – terutamanya ketika seri 4-4 dengan PKNS dalam Liga Super – adalah satu lagi perkara yang perlu dirisaukan oleh pemangku ketua jurulatih, Nizam Adzha.

Kredit: asiana.my

Sementara itu rakan sejawat Nizam di Terengganu, Irfan Bakti pastinya gembira menyambut kepulangan Abdul Latiff Suhaimi dan Lutfulla Turaev ke dalam skuad.

Kekentalan aksi defensif Latiff dan ketiadaan kreativiti Lutfulla begitu dirasai oleh Terengganu ketika di Alor Setar.

Photo by: Ahmad Ridhuan | asiana

Rekod pertemuan

Dalam pertemuan separuh akhir pertama pada 30 April 2017 lepas, Kedah menang tipis 1-0. Ini memanjangkan rekod kemenangan Kedah ke atas Terengganu sebanyak 3 kali berturut-turut sejak 2016.

Ini juga kali ke-3 berturut-turut Terengganu gagal menjaringkan sebarang gol ke atas Kedah sejak 2016.

Fakta perlawanan

  • Terengganu hanya tewas sekali sahaja di halaman sendiri pada musim ini (kalah 2-4 vs PKNP)
  • Kali terakhir Kedah bermain di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, mereka dibelasah T-Team dengan jaringan 0-5. Rizal Ghazali turut dibuang padang dalam perlawanan ini
  • Farhan Roslan dan Ken Ilso adalah penjaring gol terbanyak Kedah dalam kempen Piala FA 2017 (3 gol)
  • Terengganu pula baru menjaringkan 4 gol secara keseluruhan dalam kempen Piala FA 2017

Sebelum wisel

Tumpuan utama yang perlu diberikan oleh Terengganu dalam perlawanan ini adalah mengehadkan ruang dan masa Liridon Krasniqi beroperasi pada setiap masa.

Ini kerana Terengganu perlu fokus menjaringkan gol. Dan tanpa kawalan kepada Liridon, Kedah mampu menjaringkan gol pada bila-bila masa.

Kedah pula memanfaatkan kelemahan ketara Terengganu di bahagian bek kiri dan kanan mereka. Ketiadaan Adib Aizuddin bererti Terengganu bakal menurunkan Adam Othman atau Dhiyaulrahman Hasry yang mentah pengalaman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN