Sepanyol Buru Khidmat Rafa Benitez Untuk Membimbing Skuad Kebangsaan

Media british, Express Sunday melaporkan Sepanyol kini berminat untuk mendapatkan khidmat pengurus Newcastle United, Rafa Benitez bagi menyelesaikan masalah pengurusan skuad kebangsaan itu.

Bekas pengendali Liverpool, Chelsea dan Real Madrid itu berada dalam senarai calon pengganti Julen Lopetegui yang dipecat sebelum kejohanan Piala Dunia bermula.

Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) memecat Lopetegui selepas mengetahui jurulatih itu mahu meletakkan jawatan selepas kempen Piala Dunia berakhir untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zinedine Zidane di Real Madrid.

Tindakan itu memakan diri apabila Sepanyol gagal mencapai sasaran di Russia selepas tersingkir di pusingan 16 pasukan terakhir kejohanan Piala Dunia baru-baru ini.

(Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Fernando Hierro diberi kepercayaan sebagai jurulatih sementara di Piala Dunia namun peluangnya untuk diberikan kontrak secara tetap terjejas apabila Sepanyol tewas kepada pasukan tuan rumah menerusi penentuan sepakan penalti.

Turut dikaikan dengan kerusi panas itu adalah jurulatih Belgium, Roberto Martinez dan Quique Sanchez Flores yang kini tidak memegang apa-apa tugas selepas bersama Watford dan Espanyol.

(Photo by Adrian DENNIS / AFP) (Photo credit should read ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

Presiden Persatuan Bolasepak Belgium (KBVB) Gerard Linard dalam satu laporan baru-baru ini memberi bayangan bahawa Martinez akan dilepaskan dengan harga yang tepat jika berjaya membantu skuad Red Devils menjulang trofi Piala Dunia pertama.

“Jika kami menjadi juara dunia dan Sepanyol menawarkan tawaran baik untuk mendapatkan Roberto Martinez… jadi ia tidak ada masalah bagi saya,” katanya.

Selain itu, Luis Enrique juga dikhabarkan antara calon pilihan namun beliau menjadi buruan beberapa kelab di Eropah selepas meninggalkan Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN