Sepakan Percuma Spektakular Kroos Lengkapkan Kebangkitan Klasik Jerman

Jerman memulakan perlawanan ini dengan intensiti tinggi namun malangnya apabila berada dalam kotak penalti mereka tidak mampu menyudahkan peluang.

Draxler gagal menyempurnakan peluang di depan gol. Seterusnya percubaan Jonas Hector berjaya dihadang.

Sweden meminta pengadilan VAR selepas pemain mereka ditolak oleh Rudiger, namun pengadil tidak melayan.

Sweden di hadapan menerusi Toivonen hasil daripada serangan balas yang sangat tajam. Sekali lagi unit tengah Jerman tiada perlindungan ke atas pertahanan akhir.

Sweden melancarkan serangan balas kilat setiap kali memenangi bola di kawasan mereka. Berg mendapat beberapa peluang pada separuh masa pertama namun gagal menyempurnakannya.

Jerman menguasai 76% penguasaan bola pada separuh masa pertama, namun sangat tumpul di kawasan serangan.

Bermula separuh masa kedua, Marco Reus terus menyamakan kedudukan untuk Jerman. Reus menyambar hantara Werner yang gagal disentuh oleh Mario Gomez.

Muller kemudian hampir menambah gol menerusi tandukan. Werner sekali lagi mencipta peluang menerusi larian ke byline, namun percubaan Jonas Hector diselamatkan.

Reus sekali lagi mendapat peluang di hadapan gol namun ‘flick’ beliau sedikit tersasar.

Ketika perlawanan berbaki 8 minit, Jerome Boateng dilayangkan kad merah kerana kekasaran ke atas Berg.

Sweden hampir di hadapan namun Neuer menyentuh bola pada saat di mana Guidetti berpeluang menjaringkan gol.

Olsen menyelamatkan tandukan deras oleh Gomez yang menyambut hantaran Kroos. Pada masa kecederaan, Brandt melakukan percubaan deras yang terkena tiang.

Jerman mendapat sepakan percuma daripada sudut sukar. Namun Kroos dengan elegan menjaringkan gol dan membolehkan Jerman menang 2-1.  Ia memang detik klasik.

Kemenangan Jerman ini pastinya melegakan Jerman. Ini kerana jika seri dalam perlawanan ini, Jerman berpotensi pulang awal jika  Mexico dan Sweden seri dalam perlawanan terakhir.

Ini adalah kedudukan semasa kumpulan F.

Sweden pastinya kecewa kerana gagal bertahan dan dihukum dengan sepakan percuma dari sudut sukar oleh Kroos. Mereka sudah berusaha sebaik mungkin.

Perlawanan terakhir akan menjadi penentu siapa akan mara, sama ada Jerman ataupun Sweden. Mexico berada dalam kedudukan yang agak baik untuk mara. Bagi Korea Selatan secara matematik mereka agak sukar namun masih bersaing.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN