Rating Pemain Jerman vs Sweden, Kroos, Reus Cemerlang, Boateng & Draxler Hilang Arah

Jerman

Neuer – 8

Pertahanan Jerman kerapkali ditewaskan secara kuantiti. Namun Neuer menjadi penyelamat dalam beberapa situasi yang Sweden boleh mendapat gol.

Kimmich – 6.5

Banyak berada di zon serangan dan juga bertukar posisi ketika Boateng diarahkan keluar padang. Banyak mencipta peluang daripada hantaran lintang.

Rudiger – 6.5

Hampir memberikan penalti kepada lawan dan bergelut dengan serangan balas lawan pada separuh masa pertama.

Boateng – 4.5

Pemain paling rapuh di barisan pertahanan pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Sweden kurang serangan balas. Dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua.

Hector – 7

Banyak menghadirkan ancaman dari sebelah sayap. Melakukan beberapa percubaan gol.

Rudy – 5

Dikeluarkan awal kerana kecederaan. Tidak begitu banyak sumbangan dalam perlawanan ini.

Kroos – 8

Isu dia sama, beliau ada hantaran yang sangat baik. Namun peranan beliau pada hari ini adalah pivot dan ketika bertahan Kroos sangat lemah dan membuatkan barisan pertahanan terlalu terdedah dengan ancaman.

Pada separuh masa kedua, Sweden sangat lemah dalam serangan balas tidak seperti separuh masa pertama, membolehkan Kroos tidak berhadapan banyak risiko untuk berada di zon serangan. Kehebatan teknikal beliau melakukan sepakan percuma luar biasa yang memberikan kemenangan kepada Jerman.

Muller – 6

Ada melakukan ancaman gol namun tetap beraksi di bawah par pada separuh masa pertama. Namun pada separuh masa kedua beliau lebih baik walaupun masih tidak berada di tahap terbaik.

Reus – 8

Aksi separuh masa kedua yang sangat baik. Meghadirkan ancaman sebagai penyerang kedua. Turut menjaringkan gol.

Draxler – 4.5

Beliau gagal menyempurnakan peluang di hadapan gol. Seterusnya Reus malas melakukan counterpressing ataupun turun bertahan. Tak hairan beliau dikeluarkan secara terus pada separuh masa kedua.

Werner – 7

Pada separuh masa pertama, rating beliau mungkin hanya 4. Namun pertukaran taktikal pada separuh masa kedua, beliau menjadi orang penting mencipta banyak peluang di byline kiri.

Pemain gantian 

Mario Gomez – 6.5

Menghadirkan lebih ancaman kepada pertahan lawan. Melakukan tandukan deras yang memaksa Olsen melakukan save kelas dunia.

Gundongan – 6

Tidak memberikan perlindungan kepada pertahanan

Brandt – 7

Walaupun masa yang singkat, namun beliau melakukan jauh lebih banyak daripada Draxler. Hampir menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

Sweden

Olsen – 8

Melakukan beberapa aksi menyelamat termasuk percubaan jarak dekat Draxler dan tandukan deras Gomez pada minit ke-87.

Lustig – 6

Sukar untuk menyekat kemaraan Jerman yang berpaksikan serangan daripada arah beliau pada separuh masa kedua. Aksi yang rigid.

Lindelof – 6

Ada masalah dengan bertahan untuk bola kedua. Beliau tetap melakukan 2 hadangan penting dalam perlawanan ini.

Granqvist – 7

Beliau kental bertahan di tengah. Namun tetap sukar berhadapan dengan kualiti serangan Jerman. Melakukan 9 clearances, 2 bentesan dan 1 hadangan.

Augustinsson – 7

Meneutralkan impak Kimmich dan Muller sepanjang perlawanan ini.

Claesson – 7

Pemain yang banyak memberikan masalah kepada Jerman pada fasa serangan balas terutama sekali separuh masa pertama.

Larsson – 5.5

Bukan aksi terbaik. Terlalu lemah kawalan di bahagian tengah.

Ekdal – 6

Beliau lebih baik daripada Larrson. Melakukan beberapa larian sokongan kepada penyerang.

Forsberg – 5.5

Aksi mengecewakan daripada pemain yang diharap menjadi pengancam utama pasukan Jerman terutama sekali pada fasa serangan. Banyak hantaran tak tepat.

Berg – 6.5

Berg adalah pemain yang memiliki 2 atau 3 peluang yang sangat berpotensi untuk gol tetapi gagal menyudahkannya.

Toivonen – 6.5

Efektif menyempurnakan peluang yang terhad dimiliki. Dengan tenang melakukan sungkitan yang mengatasi Neuer.

Pemain gantian

Guidetti – 6

Memberikan masalah kepada Jerman dengan fizikal beliau yang kuat. Namun secara binaan serangan, beliau lemah.

Durmaz – 5

Boleh dikatakan masuk dan tiada sumbangan kepada pasukan dari segi serangan dan juga agak lemah ketika bertahan. Tiada gelecekan berjaya dan gagal mencipta sebarang hantaran bahaya.

Thelin – N/A

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN