Sepakan percuma Aleksander Kolarov dari jarak yang agak jauh telah memberikan 3 mata kepada Serbia. Pemain yang baru dilantik menjadi kapten pasukan oleh Mladen Krstajic.
Satu teknik sepakan yang sangat baik mencari near post menewaskan salah seorang penjaga gol terbaik di Eropah, Keylor Navas.
Keylor Navas melakukan beberapa aksi ‘save’ yang berkualiti dalam perlawanan ini. Jika tidak sudah pastinya mereka akan bolos lebih banyak.
Serbia turut meminta penalti selepas Mitrovic dijatuhkan namun tidak diberikan pengadil.
Milinkovic Savic antara pemain yang beraksi cemerlang dalam perlawanan ini. Beliau mengawal tempo perlawanan di tengah.
Perlawanan boleh dikatakan sengit dengan penguasaan bola hampir 50-50. Kedua-dua pasukan melakukan jumlah percubaan ke arah gol dan percubaan tepat yang sama iaitu, 10 percubaan dan 3 percubaan tepat.
Costa Rica memulakan perlawanan ini dengan baik. Namun mereka sukar untuk memecahkan tembok pertahanan lawan. Mereka mendapat beberapa peluang pada babak akhir perlawanan namun gagal menyudahkannya.
Nemanja Matic dan Prijovic diadili dengan VAR dan berjaya mengelakkan diri daripada dilayangkan dengan kad merah pada minit akhir.
Ini adalah kemenangan pertama Serbia dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia selepas 1998, ketika itu mereka bermain atas tiket Yugoslavia.
Kemenangan Serbia ini juga meletakkan mereka di tangga teratas kumpulan E sekurang-kurangnya untuk 4 jam sebelum sepak mula melibatkan pasukan Brazil dan Switzerland.