Sepakan Percuma Joe Bryan Dari Jarak 32 Meter Yang Mengembalikan Fulham Ke EPL

Joe Bryan Fulham Brentford

Dua gol Fulham yang dijaringkan oleh Joe Bryan pada masa tambahan perlawanan akhir play-off Liga Kejuaraan Inggeris pastinya akan kekal menjadi kenangan manis buat pemain tersebut yang membantu pasukannya kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Rembatan ‘liar’ menerusi sepakan percuma dari jarak 32 meter pada minit ke-105 di Stadium Wembley itu memberikan pandhuluan buat pasukannya ketika menentang Brentford.

Bekas pemain pertahanan kiri Bristol City itu kemudian menyumbat satu lagi gol tiga minit masa tamat hasil gerakan berpasukan sebelum Henrik Dalsgaard menjaringkan gol saguhati Brentford pada penghujung perlawanan.

https://twitter.com/FTTV10/status/1290754062309367814?s=20

 

Bercakap mengenai dua gol yang dijaringkan itu, Bryan dengan merendah diri mengatakan kredit seharusnya diberikan kepada seluruh pasukan di atas kejayaan Fulham kembali ke EPL hanya selepas semusim tersingkir ke Liga Kejuaraan.

“Saya bukan hero, tetapi setiap daripada mereka, penyokong dan semua orang di sekeliling kami yang memberikan sokongan sepanjang musim ini.

“Kami berjaya mengatasi lawan dengan menjaringkan dua gol. Mereka memberikan cabaran yang cukup hebat memandang mereka juga pasukan yang baik dan memaksa kami bekerja lebih keras untuk mencapai kemenangan.

“Saya macam tak percaya kami akhirnya berjaya kembali ke EPL,” tambahnya lagi.

Fulham akan menyertai Leeds United dan West Bromwich Albion yang layak secara automatik selepas muncul juara dan naib juara liga.

Scott Parker membuktikan kewibawaannya sebagai pengurus muda dengan meraih kejayaan bermakna hanya pada musim penuh pertamanya dan tentunya gembira dapat membelanjakan £135 juta untuk tiga tahun seterusnya.

Kredit Foto: Bein Sports

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liga Kejuaraan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN