Jersi Baharu Nike Liverpool Boleh Mula Didapati Di Al-Ikhsan & Football Republic

Jersi baharu keluaran Nike yang dinantikan oleh penyokong Liverpool di Malaysia telah pun tiba!

Kerjasama antara Liverpool dengan pengeluar jersi terkemuka iaitu Nike akhirnya terjalin dan barangan keluaran Nike untuk juara Premier League itu akan digunakan bermula musim 2020/2021.

Untuk penyokong Liverpool di Malaysia, gedung sukan terkemuka iaitu Al-Ikhsan serta Football Republic akan mula menjual jersi baharu Liverpool keluaran Nike bermula pada 6 Ogos 2020 (Khamis) bermula jam 10 pagi.

Jersi tersebut akan dijual di gedung-gedung Al-Ikhsan dan Football Republic yang terpilih di serata negara.

Terdapat dua jenis jersi yang akan dijual iaitu jersi replika (RM 299) serta player issue (RM 495).

Terdapat pebezaan ciri bagi kedua-dua jersi dan ianya akan diterangkan di bawah:

Jersi replika (RM 299)

Dihasilkan menggunakan 100% fabrik polyster yang dikitar semula, kualiti fabrik jersi replika ini adalah yang bermutu tinggi digunakan oleh Nike.

Kualiti fabrik yang digunakan berfungsi untuk menghalang peluh daripada melekat pada badan si pemakai. Ini sekaligus membantu memberikan keselesaan kepada si pemakai.

Jersi replika ini juga turut dikuasakan oleh teknologi Nike Dri-FIT yang berfungsi untuk membantu si pemakai untuk sentiasa kering dan juga tidak berpeluh.

Teknologi Nike Breathe juga turut dimasukkan dalam pembuatan jersi ini untuk membantu si pemakai sentiasa nyaman ketika menyarungnya.

Jersi player issue (RM 495)

Dibuat menggunakan 100% fabrik polyster yang disulam oleh teknologi Nike Vaporknit. Ianya membantu si pemakai untuk menikmati kelajuan apabila teknologi tersebut menggabungkan penyejukan ringan (lightweight cooling), mengurangkan berpaut (reduced cling) dan juga precision fit yang membantu si pemakai untuk terus selesa ketika menyarungnya.

Jersi ini juga diperbuat 100% daripada fabrik polyster dan direkabentuk serupa dengan apa yang digunakan oleh pemain profesional ketika beraksi di padang.

Kualiti fabrik yang cukup hebat juga memberikan si pemakai keselesaan. Bukan itu sahaja, ia juga turut membantu penyerapan peluh yang pantas untuk memastikan si pemakai sentiasa selesa.

Fabrik untuk jersi ini juga menggunakan ciri open-hole fabric yang membantu si pemakai untuk sentiasa berasa nyaman sewaktu cuaca mula panas.

Dapatkan segera!

Seperti yang dinyatakan di awal artikel, jualan jersi ini akan bermula pada jam 10 pagi di gedung Al-Ikhsan dan juga Football Republic yang terpilih.

Setiap pembelian jersi baharu Nike LFC dalam satu resit akan mendapat hadiah percuma LFC Tote Bag. Sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian di al-ikhsan.com ATAU di senarai cawangan-cawangan berikut:

Kuala Lumpur:

  • Al-Ikhsan Melawati Mall
  • Al-Ikhsan Taman Dagang
  • Al-Ikhsan MyTown Mall
  • Al-Ikhsan IOI City Mall
  • Al-Ikhsan Alamanda Putrajaya
  • Al-Ikhsan Setapak Central
  • Al-Ikhsan Wangsa Walk Mall
  • Al-Ikhsan Warehouse The Waterfront, Desa Park City
  • Football Republic KLCC

Selangor:

  • Al-Ikhsan Megastore, Bandar Baru Bangi
  • Al-Ikhsan AEON Cheras Selatan
  • Al-Ikhsan Central i-City
  • Al-Ikhsan The Curve
  • Al-Ikhsan Warehouse Puchong Prima
  • Al-Ikhsan D’Pulze
  • Al-Ikhsan Sunway Pyramid
  • Al-Ikhsan Warehouse Batu 3
  • Al-Ikhsan AEON Bukit Tinggi
  • Al-Ikhsan AEON Shah Alam
  • Al-Ikhsan Jejantas Sungai Buloh
  • Al-Ikhsan Seksyen 7, Shah Alam
  • Al-Ikhsan Shah Alam Sentral
  • Football Republic Pop-up Store One Utama
  • Football Republic Sunway Pyramid

Perak:

  • Al-Ikhsan Ipoh Parade
  • Al-Ikhsan AEON Klebang
  • Al-IkhsanAEON Manjung
  • Al-Ikhsan AEON Taiping

Pulau Pinang:

  • Al-Ikhsan AEON Bukit Mertajam
  • Al-Ikhsan Queensbay Mall
  • Al-Ikhsan Jalan Kelawei
  • Al-Ikhsan Sunway Carnival

Kedah:

  • Al-Ikhsan Duty Free Shopping Complex, Kuah
  • Al-Ikhsan Sungai Petani
  • Football Republic Alor Setar

Perlis:

  • Al-Ikhsan Kayangan Square, Kangar

Kelantan:

  • Al-Ikhsan AEON Kota Bharu
  • Football Republic Kota Bharu

Terengganu:

  • Al-Ikhsan Kemaman
  • Al-Ikhsan Mesra Mall
  • Al-Ikhsan Kuala Terengganu City Centre
  • Football Republic Kuala Terengganu

Pahang:

  • Al-Ikhsan East Coast Mall
  • Al-Ikhsan Temerloh
  • Al-Ikhsan Putra Square, Kuantan
  • Football Republic Kuantan

Melaka:

  • Al-Ikhsan Jejantas Ayer Keroh
  • Al-Ikhsan Mahkota Parade

Negeri Sembilan:

  • Al-Ikhsan Port Dickson
  • Al-Ikhsan Nilai Avenue
  • Al-Ikhsan Seremban 2

Baca juga artikel kami mengenai Liverpool:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN