David Beckham telah melakukan banyak gol menerusi sepakan percuma terus. Untuk mencari mana satu yang paling cantik memang sukar.
Namun, sepakan percuma Beckham pada masa kecederaan menentang Grece pada 6 Oktober 2001 antara sepakan percuma yang paling penting dalam bola sepak England.
Dengan masa sudah mencecah minit ke 93, England ketinggalan 2-1 di Old Trafford di belakang Greece.
England memerlukan gol penyamaan, jika tidak, Jerman akan mengetuai Kumpulan 9 dan layak secara automatik dan England akan ke play-off.
Beckham melangkah penuh yakin walaupun dia mengakui agak gementar dan hampir memberikan sepakan itu kepada Sherringham yang meminta untuk melakukan tugasan itu.
Titik sepakan itu bukanlah titik kegemaran Beckham. Kadar kejayaan sepakan percuma terus dari kawasan yang sedikit ke kanan itu agak rendah.
Namun Beckham mahu memberitahu Teddy Sherringham yang dia akan mengambilnya. Setelah beberapa perbincangan dengan Teddy dan Paul Scholes, Beckham mengambil tugasan itu.
Adakah beliau mampu untuk menambah koleksi gol di hadapan Stretford End yang merupakan salah satu zon seksyen tempat duduk yang popular di Old Trafford.
Banyak kali penyokong Manchester United menyaksikan penjaga gol ditewaskan Beckham daripada panorama Streford End. Kali ini ia lebih daripada misi individu ataupun kelab, ia misi negara.
Dengan hayunan inside-boot dan postur badan yang pernah digunakan Adidas sebagai logo produk mereka, kapten England ini menjaringkan salah satu gol yang paling penting dan magis dalam sejarah England.
Satu sepakan deras yang cuma mampu dilihat sahaja oleh penjaga gol Greece.
England seri 2-2 dengan pasukan yang menjadi fundamental Greece 3 tahun selepas itu untuk menjuarai Euro 2004.
Ia sekaligus menolak Jerman ke pusingan play-off menentang pasukan giant killer Ukraine. Skuad England di bawah Sven-Goran Eriksson akan ke Piala Dunia Jepun / Korea Selatan 2002.
Baca juga: Ivan Zamorano:”Kalau Messi Orang Chile, Kiri Kanan Monumen Beliau.”