Seorang Pemain Import Dan Seorang Pemain Tempatan Bakal Sertai JDT

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) hari ini mengesahkan seorang lagi pemain import bakal ditandatangani dalam masa terdekat bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Beliau berkata demikian melalui kenyataan rasmi di laman facebook Johor Southern Tigers (JST), sambil mengesahkan Mauricio Nascimento dan Aaron Niguez akan menyertai skuad Harimau Selatan.

“Saya ingin berkongsi maklumat kepada para penyokong semua bahawa kami telah berjaya menandatangani dua pemain luar negara baharu iaitu Mauricio dos Santos Nascimento dan Aarón Ñíguez.

“Kami juga akan menandatangani seorang lagi pemain luar negara yang saya sendiri telah mengikuti perkembangan beliau selama setahun kerana kami tidak mampu ketika itu dengan harga pemain tersebut yang tidak berada dalam peruntukan kelab.

“Alhamdulillah pada tahun ini adalah lebih sesuai untuk kami menandatangani beliau. Kami akan menyelesaikan proses menandatangani pemain luar negara ini dan seorang pemain tempatan yang baharu dalam masa terdekat,” katanya.

Baru-baru ini terdapat khabar angin mengatakan bekas pemain AC Milan, Andrea Poli akan ke Larkin bersama bintang muda dari Kedah, Akhyar Rashid. Kemungkinan dua pemain ini merupakan pemain baharu seperti dimaksudkan oleh TMJ.

Projek jangka panjang JDT semakin membuahkan hasil

Tunku Ismail juga meluahkan rasa gembira dengan pencapaian pasukan akademi JDT yang meraih pelbagai kejayaan pada tahun ini berbanding pada tahun lepas.

“Alhamdulillah sekali lagi kerana semua perkara berjalan dengan lancar apabila tahun ini kami telah berjaya menjuarai Piala Sumbangsih 2018 dan Juara Liga Super Malaysia untuk kali kelima berturut-turut.

“Kami juga berjaya menjuarai empat piala melalui skuad Akademi JDT kami pada tahun ini. Keseluruhannya, JDT berjaya menjuarai 15 piala dari skuad senior dan skuad junior kami sejak dari tahun 2013.,” jelasnya.

Malah, TMJ juga membayangkan para penyokong JDT berpeluang menyaksikan perlawanan di stadium baharu mereka yang dijangka akan siap pada tahun depan kerana penanaman rumput padang sudah mula dilakukan.

Gambaran reka bentuk Stadium baharu kelab JDT di Iskandar Puteri. Foto: FB JST.

“Projek stadium baharu kami dan pembinaan Ibu Pejabat JDT juga telah berjalan dengan lancar. Kakitangan kami yang menguruskan padang telah mula melakukan kerja-kerja mereka di stadium baharu.

“Saya ingin memaklumkan kepada semua penyokong bahawa semua projek kami adalah projek jangka masa panjang dan ia bukan setakat ini sahaja tetapi banyak lagi perancangan kelab yang tersusun,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN